Saturday 31 March 2012

Pengambilan Terbuka Jurulatih Tetap PSSGMM

JURULATIH SILAT GAYONG MA'ARIFAT / PENGAWAL PERIBADI / PETUGAS KHAS
KELAYAKAN
TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERMINAT ( AHLI DAN BUKAN AHLI ).
LELAKI DAN PEREMPUAN.
BERUMUR 18 TAHUN KEATAS.
BERKETERAMPILAN YANG KEMAS
MENJALANI LATIHAN LENGKAP PERSILATAN DAN KEJURULATIHAN GAYONG MA'ARIFAT SELAMA
6-12 BULAN.
ELAUN SEMASA LATIHAN
GAJI TETAP : RM800 RM1,500.00 SEBULAN.
PENGAMBILAN : SEGERA.
ASRAMA, MAKAN DAN MINUM DISEDIAKAN.
TEMPAT : PUSAT LATIHAN TERTINGGI PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MAARIFAT
MALAYSIA, KAMPUNG BUNIAN, BATU 18, JALAN LAMA BENTONG - K. LUMPUR, BUKIT
TINGGI, BENTONG, PAHANG.
TEMUDUGA : LOT 11-2, JALAN MELATI UTAMA 4, MELATI UTAMA, 53100 SETAPAK, KUALA
LUMPUR
SILA HUBUNGI :
DATUK RAHMAT 017-322 1007
DATUK GEMPITA ALAM 013-449 5836
DATUK BIJA SURA 014-590
7927

Wednesday 28 March 2012

BOSAN KETIKA CUTI: JOM SILAT!

Adakah anda mempunyai anak atau anda sendiri sedang...

Cuti sekolah 1 minggu? Cuti semester? Dah abes SPM / STPM ? Atau tunggu keputusan temuduga? 
Anda bosan? 




Jom belajar silat di Pusat Latihan Silat Gayong Ma'arifat. 

Tiada syarat. Tiada kelayakan tertentu. Anda minat? Maka anda layak untuk belajar. Jom sertai kami disini.

Yuran Latihan :-

RM200.00 / sebulan
RM50.00 / seminggu
(Makan / Minum / Penginapan)

Hubungi segera :-
Datuk Rahmat 0173221007
Pusat Latihan Silat Gayong Ma'arifat Malaysia
Bukit Tinggi, Bentong, Pahang
(40 minit dari Gombak)




Tuesday 27 March 2012

Panduan Latihan Gelanggang Silat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ini, Pusat Latihan PSSGMM ingin berkongsi dengan jurulatih-jurulatih dan juga pengikut setia blog mengenai panduan atau persedian pengajaran di dalam gelanggang. Ini adalah amat penting bagi memastikan anak-anak gelanggang dapat memahami dan terdapat peningkatan dari segi pemahaman.

Kebiasaan gelanggang akan diadakan seminggu sekali atau dua kali. Jarang-jarang kita dengan sehingga 3 - 4 kali seminggu. Oleh kerana dari satu sesi latihan ke sesi seterusnya mengambil masa jarak yang hampir 4 - 7 hari, kemungkinan untuk anak murid terlupa dan kurang menguasai adalah tinggi. Melainkan anak-anak murid ini seorang yang rajin dan berdedikasi sehingga melakukan sendiri latihan tersebut di rumah.

Di bawah ini, saya kongsikan serba sedikit kaedah latihan bagi meningkatkan penguasaan skill, dan ingatan. Semoga kalian mendapat serba sedikit manfaat ini.

Tempoh latihan : 2 jam 30 minit - 3 jam
Tempoh Rehat : 10 - 15 minit sahaja

  1. Buka gelanggang (5 - 15 minit)
  2. Senaman Atas / Senaman Tua / Senaman Harimau / Latihan Kecergasan ( 30 - 45 minit)
  3. Latihan silibus ( 30 - 45minit )
  4. Tempur Bebas / Rencah Serang Elak Serang (30 minit)
Kaedah Latihan :-
  • Pastikan latihan silibus dilakukan secara berulang-ulang sebagai contoh tubi jantan sebanyak 50 - 100x
  • Kenalkan 1 - 2 teknik baru sahaja pada setiap sesi dan ulang latihan tersebut sebanyak-banyaknya bagi memastikan anak-anak murid menguasai teknik tersebut dengan betul. Di sini bukan aspek penghafalan yang kita tekankan, tetapi KETEPATAN dan PEMAHAMAN.
  • Adakan sesi penerangan bagi memastikan anak-anak murid faham apa yang mereka lakukan bukan sekadar meniru membuta-tuli.
  • Selepas memperkenalkan teknik baru, ulang semula teknik-teknik yang telah dipelajari dengan kuantiti latihan yang sederhana contohnya 30x - 50x sahaja.
  • Bentukkan rencahan mudah daripada teknik yang telah dipelajari. Sebagai contoh kaedah beladiri menggabungkan tubi jantan dan sembat luar. Latihan rencahan akan membentuk 'figure' anak-anak murid supaya lenggoknya dalam permainan silat lebih kemas dan tepat.
  • Pastikan anak murid menguasai teknik asas, rencahan mudah dan kemudian bolehlah membentuk kreativiti mereka untuk mereka buah pukul mudah.
  • Pastikan anak-anak murid diajar peringkat demi peringkat dan selalu melakukan ulangan. Pengajaran berbentuk drastik akan menyukarkan kefahaman dan penguasaan anak-anak murid.
  • Kaedah latihan berselang antara latihan silibus dan latihan kecergasan juga boleh dipraktikkan bagi meningkatkan kecergasan dan kekuatan tubuh anak-anak murid. Sebagai contoh 50x tubi jantan dan selang 10x tekan tubi atau 50x taji depan selang 10x leg lifting.

Kaedah Latihan Kecergasan :-
  • Latihan kardiovaskular - Kombinasi Lari / Jogging / Lompat 10 - 15 minit 
  • Latihan kekuatan - Tekan tubi / Bangkit Tubi / Leg lifting / Tahan kuda-kuda / Bridging  30x - 50x 
  • Latihan keseimbangan - Aeroplane / Burung Bangau 1 minit - 2 minit
  • Latihan kelenturan - 10 minit
  • Pastikan terdapat peningkatan jumlah latihan-latihan yang dilakukan dari bulan ke bulan
  • Galakkan anak-anak murid untuk melakukan latihan ini di rumah / asrama
  • Anda juga boleh mengadakan ujian kecergasan bulanan

Latihan gelanggang yang efektif bukan sahaja mengajar ilmu teknik tetapi juga meningkatkan kefahaman dan juga kecergasan serta kesihatan tubuh badan. 

Sekian, jumpa lagi di posting yang akan datang.

Saturday 24 March 2012

Silibus Unik Permainan Silat Gayong Ma'arifat

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Gayong Ma'arifat merupakan silat tua yang menggabungkan dan merencahkan 7 permainan silat iaitu:-

  • Sendeng 2 Beradik
  • Terlak Sumatera
  • Harimau Minang
  • Buah Pukul
  • Cekak Minang
  • Panglima
  • Laksamana
Kesemua permainan silat ini merupakan warisan Laksamana Hang Tuah yang tersohor sebagai tokoh pahlawan di dalam sejarah Nusantara. Keistimewaan pelajaran Gayong Ma'arifat ialah ianya tidak menekankan aspek penghafalan tetapi lebih kepada mencungkil kemahiran dan kreativiti seseorang dalam mengaplikasikan teknik dan permainan silat. Ianya mencabar pesilat supaya dapat mencorakkan 'permainan' silat itu sendiri tanpa terikat dengan hafalan tetapi lebih kepada pemahaman. Antara keunikan yang jelas dilihat ialah permainan pelebatnya yang khusus dapat dilihat melalui tapak merandai. 

Antara silibus yang diajar ialah:-

  • Pelebat Sendeng Terlak
  • Pelebat Gempur Harimau
  • Pelebat Tuah
  • Tubi 9 & Taji 7
  • Pecah Pukul 7/9/11/13
  • Rencah Serang Elak 
  • Rencah Serang Elak Serang
  • Rencah Serang Elak Serang Tangkap
  • Permainan Parang Panjang
  • Rahsia Tapak 
  • Dan lain-lain lagi
Selain itu, aspek adab dan budaya Melayu masih lagi diterapkan dalam pembelajaran gelanggang. Pemakaian wajib tanjak / songkok(lelaki) tudung(perempuan) dan juga samping bagi memastikan anak-anak gelanggang masih diterapkan dengan budaya Melayu. Adab menghormati gurulatih gelanggang, sesama pesilat juga ditekankan supaya anank-anak muda menghayati nilai-nilai kesopanan Melayu. Secara tidak langsung, nilai peradaban dan kesopanan masih dikekalkan walau semaju mana dunia hari ini. 

Melayu dan Islam sukar dipisahkan. Bagi memastikan latihan gelanggang lebih diberkati, dihormati dan tidak diganggu oleh perkara-perkara yang tidak diingini, semua pesilat perlu mengangkat 'wudhu' dan membaca beberapa turutan ayat-ayat suci seperti Al-Fatihah, Ayatul Qursi, 4 Qul. Walau bagaimanapun, bagi pesilat yang bukan beragama Islam sekiranya berminat mempelajari Silat Gayong Ma'arifat perlulah menjaga kebersihan dan kesucian diri sebelum masuk ke gelanggang dan mengikuti aspek-aspek adab gelanggang lain seperti kaedah sembah hormat. 

Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi :-

Datuk Ibrahim 0145907927
Datuk Rahmat 017-3221007
Datuk Fairoz 0134495836
Dang Ratna 014-7351335

Saturday 3 March 2012

Kaedah Mudah Beladiri Wanita 3# Ragut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kali ini, saya cuba memberikan Kaedah termudah Beladiri Wanita 3# khas untuk kes ragut. Pembaca sedia maklum bahawa dalam banyak kes meragut, peragut sentiasa melakukan kerja dalam susana penuh licik dan pantas. Nasihat yang paling utama buat saudari-saudari, BE ALERT AND BE SENSITIVE. AWARENESS anda harus ditingkatkan. Jangan suka bersenang-senang, bersuka-suka di tempat awam. Apabila 'ALARM' anda mengesan sedikit gerakan / sentuhan yang berunsurkan ragut (dalam posting ini peragut bertangan kosong dan tidak menggunakan kenderaan), segeralah BERTINDAK DENGAN TANGKAS.

Situasi : Sentuhan / Gerakan Meragut Dari Belakang Dirasakan














Kaedah Mengatasi : 
 1- Tarik beg anda rapat ke badan. Pastikan kedudukan tubuh anda stabil.

  • Segera memberikan Sembat Luar ke arah muka (hidung / halkum) peragut sekuat hati



  •  Dengan pantas, berikan serangan kaki (Teknik Serangan Taji Terlak - Sendi Lutut)



  • Hayunkan beg anda (sekiranya ianya berat) ke arah muka peragut.
  • Dan segera dapatkan pertolongan terpantas samada dengan menjerit atau mendapatkan bantuan rakan-rakan.







Situasi : Gerakan / Sentuhan Meragut Dari Hadapan

1- Pegang beg anda dengan kuat.












Kaedah Mengatasi :
 2- Dengan pantas segera pusingkan badan anda kebelakang sambil memberikan satu serangan siku. Anda juga boleh memberikan serangan Sembat Luar ke arah muka peragut.
3- Dengan menggunakan Taji Terlak, gunakan serangan tersebut ke arah sendi lutut
4- Apabila peragut jatuh, segera memijak ke arah peragut, samada di kemaluan,atau hulu hati. Malah anda juga boleh menyepak ke arah muka.










5- Segera menjerit atau berlari mendapatkan bantuan. Jangan lupa ya. Ingat, berlari itu lebih baik dari menunggu. Tenaga dan kekuatan seorang wanita tidak dapat mengatasi kekuatan lelaki melainkan dengan latihan dan menggunakan titik-titik kelemahan pada tubuh badan mereka. 

Kaedah Mudah Beladiri Wanita 2#

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Posting Kaedah Mudah Beladiri Wanita 2# pula khusus untuk anda yang bersedia untuk mempertahankan diri apabila diserang. Contoh situasi ialah apabila teman lelaki atau  saudara mara yang cuba untuk mencederakan anda.

Situasi : seseorang yang anda kenal rapat cuba mencederakan anda dengan serangan tumbukan atau tamparan ke arah muka.













Kaedah mengatasi :

1- Ambil langkah mengelak sedikit / mengiringkan badan anda dari terkena serangan

  • Sekiranya anda mahir, cuba ambil langkah 'V' sambil mengiringkan badan anda
  • Bagi yang mahir, anda boleh mengambil langkah V  tersebut samada 'makan dalam' atau 'makan luar'




  • Tahan / tangkis / tepis serangan tangan tersebut dengan tangan terhampir. Pastikan tangan anda bersedia untuk menahan atau menerima serangan tersebut (keraskan tangan anda...ingat ya kekuatan tenaga lelaki adalah 2 -3 kali ganda dari wanita)








2- Dalam keadaan badan mengiring dan kedudukan V tersebut, anda boleh memberi serangan balas di bahagian kepala dan badan penyerang anda :-


  • Tubi jantan ke arah pipi







  •  Sembat Luar ke arah hidung (berguna bagi langkah makan luar dan makan dalam)
  • Tubi Betina ke arah hulu hati diikuti Tubi Petik ke arah kemaluan (telah dijelaskan dalam 1#)




















Sekian saja perkongsian kali ini, sekiranya ada kelemahan, itu adalah dari diri saya. Insyaallah apa yg ada dalam Silat Gayong Ma'arifat boleh digunapakai dalam keadaan terdesak.








Kaedah Mudah Beladiri Wanita 1#

Posting kali ini akan saya cuba ulas mengenai kaedah beladiri yang bersesuaian dengan struktur fizikal dan kekuatan seseorang wanita. Apapun amatlah suka saya ingatkan bahawa, dalam apa jua keadaan JIKA ANDA BOLEH LARI, BERLARILAH MENDAPATKAN PETOLONGAN / BERSEMBUNYI.

Wanita dikatakan ciptaan Tuhan yang penuh dengan kelembutan dan sifat-sifat lemah yang memerlukan perlindungan dengan kekuatan insan bergelar lelaki. Namun ini bukan alasan untuk wanita tidak mampu mempraktiskan kaedah beladiri sekiranya dalam keadaan terdesak. Pada struktur tubuh badan lelaki juga terdapat titik-titik kelemahan yang boleh digunakan.

Kaedah Mudah Beladiri Wanita yang akan saya kongsikan bersama pembaca menggunakan kaedah beladiri dalam Silat Gayong Ma'arifat. Mungkin ada pembaca yang mempunyai pengetahuan beladiri merasakan teknik ini hampir serupa. Apapun pada penilaian dan pemerhatian sepanjang pengalaman dalam persilatan ialah, hampir semua teknik beladiri adalah serupa. Yang membezakannya ialah kaedah ia digunakan dan direncahkan.  Ia juga bergantung kepada asal beladiri tersebut dan juga permainan tapak.

Kaedah Beladiri Wanita 1#

Situasi : Leher / Kolar baju dicekak dari hadapan













Kaedah mengatasi : 



1- Pematahan / pelonggaran cekak dilakukan dengan menggunakan siku. 
Teknik ini dilakukan bagi melemahkan serangan atau tindakan pihak lawan terhadap diri



2- Tubi betina digunakan / disasarkan ke arah halkum / hidung

Teknik melemahkan serangan HARUS / PERLU diikuti dengan serang balas bertujuan untuk menyakitkan sekaligus melepaskan diri dari ancaman














 3- Serangan tambahan boleh dilakukan sebagai contoh:-

*Tumbukan Tubi Betina ke arah hulu hati
* Tubi Petik ke arah kemaluan
*Serangan lutut ke arah kemaluan
*Memijak kaki pihak lawan















4- Ambil peluang ini untuk segera melarikan diri atau mendapatkan pertolongan.

Sekian, tunggu posting seterusnya untuk Kaedah Beladiri Wanita 2#

Saya buka untuk komen bagi sahabat-sahabat yang lebih berpengalaman. Terima kasih.

Friday 2 March 2012

Berlatih Di Persekitaran Yang Tenang


Pusat Latihan Tertinggi Gayong Maarifat terletak di Bukit Tinggi Bentong Pahang dikelilingi alam semulajadi yang pastinya bukan sahaja membantu untuk menguasai ilmu persilatan malah mampu menenangkan hati dan fikiran.







The Highest Training Center Of Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia is located in by the lush tropical greens. Train in the ancient authentic Malay silat, the art of warrior in tranquil and peaceful surroundings, be amazed on how nature and silat can do for you.


Institusi pendidikan tidak formal dalam silat




Apakah yang dikatakan silat?

Silat ialah seni beladiri bangsa Melayu , atau lebih tepat bangsa Nusantara , silat diajar dan dipelajari sejak ribuan tahun yang lampau.


Asal usulnya masih menjadi perdebatan , namun bagi saya ianya tidak penting kerana setiap bangsa didunia berasimilasi antara satu sama lain pada detik detik tertentu didalam perkembangan tamadu

Apa pun suatu masa dahulu silat ialah pelengkap kepada jatidiri seorang Melayu. Seorang lelaki Melayu yang tidak tahu bersilat dianggapkan tidak lengkap dirinya. Ini didorong oleh beberapa faktor antaranya ialah keperluan semasa bagai seorang lelaki pada zaman dahulu untuk menjaga keselamatan keluarga dan juga tanah airnya.n mereka.

Namun bukan itu yang ingin disampaikan disini tetapi saya cuba untuk membawa pemikiran pembaca kepada satu sudut berbeza untuk melihat silat.

Apakah sebenarnya fungsi silat dalam mendidik sahsiah dan jati diri seseorang.

Kita sering melihat silat dari sudut beladiri dan juga dari sudut warisan budaya, namun terlepas pandang tentang ujudnya satu sudut lain tentang silat iaitu sebagai intitusi pendidikan tidak formal.

Silat sejati pasti akan mempunyai dua perkara pokok yang sama iaitu ;

1. Adat

Yang merangkumi cara berpakaian, tatacara pembelajaran displin dan juga silibus pelajaran.

2. Adab

Yang merangkumi keseluruhan sikap pelajar dan juga pengajar tentang ilmu dan juga persekitaran.


Sekiranya di Jepun terkenal dengan satu tatacara kehidupan yang dinamakan Code Of Bushido maka dialam nusantara Adab dan adat Pendekar ini adalah tatacara kehidupan seorang pendekar yang tidak ditulis secara rasmi.

Ini kerana setiap orang melayu pada zaman itu faham dan fasih tentang adat istiadat dan juga adab adab dalam berguru.

Namun pada hari ini saya cuba untuk meringkaskan secara mudah apa yang ada didalam Code Of Pendekar, mudah mudahan ia dapat memberi sedikit imbasan tentang satu sudut berbeza kita melihat Ilmu Persilatan.

Seorang pengamal silat sejati adalah terikat dengan beberapa displin antaranya

1. Menghormati orang yang lebih tua

2. Merendah diri

3. Tidak menunjuk nunjuk kebolehan diri.

4. Menghormati guru dan taat kepada nasihatnya.


Tidak dinafikan ada sesetengah orang yang belajar silat sikapnya berubah menjadi sombong dan angkuh ini adalah kerana tidak memahami apa yang terkandung didalam pelajaran silat .
Adab adab ini secara tidak langsung mengajar seorang pesilat menjadi seorang manusia yang toleransi dan bertimbang rasa. Taat dan menghormati orang lain.

Hal ini juga terjadi kerana penekanan yang melampau terhadap aspek beladiri didalam silat.

Golongan ini tidak boleh diklasifikasikan sebagai pesilat sebenar , bahkan hanya layak digelar ahli beladiri.

Kita hayati satu pantun tua orang melayu yang berbunyi;

Pergi berburu kepadang datar

Dapat rusa berbelang kaki

Berguru jangan kepalang ajar

Bagaikan bunga kembang tak jadi.

Satu lagi perkara didalam pelajaran silat ialah adat atau tradisi . sebagai contoh pakaian mestilah bersamping dan menutup kepala, mengangkat sembah hormat apabila berjumpa antara satu dengan lain.

Tradisi atau adat ini sebenarnya lebih kepada mendisplin kan pesilat supaya tertib dan kemas, serta menghormati dan menyayangi antara satu dengan lain.

Saya rasa cukup sekadar disini dahulu buat masa ini insyaalah jika ada masa dan kesempatan saya akan cuba mengupas lagi tentang instusi pendidikan didalam silat

Apa apa pun yang ditulis disini adalah pengalaman dan pemerhatian serta pemahaman saya sepanjang saya didalam ilmu persilatan.