Tuesday 12 June 2012

Pengurusan Gelanggang

Assalamualaikum wbh dan Salam Sejahtera

Topik kali ini khusus buat Imam Gelanggang dan Jurulatih. Teknik Pengurusan gelanggang yang baik akan memastikan pelbagai perkara berjalan lancar. Berikut saya senaraikan perkara yang perlu dibuat di gelanggang jagaan anda:-

1- Mewujudkan organisasi gelanggang yang terdiri daripada :-


  • Imam Gelanggang dan Pembantu Imam. (Bukan Jurulatih). Bidang tugasnya ialah memastikan semua ahli mendapat informasi berkaitan latihan dan aktiviti yang dibuat atau diarahkan oleh Jurulatih. Ini akan memudahkan Jurulatih untuk menyampaikan maklumat tanpa membazir wang, masa dan tenaga. Mereka juga bertanggungjawab mengenai hal ehwal ahli gelanggang yang bermasalah dan hal-hal berkaitan disiplin, dan adab-adab umum. (Jawatan Imam Srikandi juga boleh diwujudkan sekiranya terdapat ahli srikandi di gelanggang anda)

  • Setiausaha Gelanggang. Bidang tugasnya ialah mencatat maklumat ahli gelanggang dan memastikan ahli gelanggang mengisi borang yang perlu. Maklumat yang perlu ada dalam simpanan ialah Nama, No. K/P, Alamat Rumah, Nama Sekolah, Nama Penjaga/Ibu Bapa, No Tel Penjaga. Selain data asas maklumat, Setiausaha gelanggang juga perlu membantu Jurulatih merekod kehadiran ahli, hal ehwal mengenai gelanggang seperti Gerak Laksamana, Mandi Adat, Ujian Kenaikan Bengkung dan sebagainya supaya dapat dirujuk oleh Jurulatih. Data-data berkaitan gelanggang ini sewajarnya dibawah pemantauan dan kendalian Jurulatih Gelanggang tersebut. Adalah disarankan Setiausaha Gelanggang menyimpan maklumat dalam bentuk 'hard-copy' dengan menggunakan Buku Log.

  • Bendahari Gelanggang. Bidang tugasnya ialah merekod dan memastikan Yuran Latihan dan Yuran Khas Gelanggang dikutip mengikut masa yang ditetapkan. Yuran Khas Gelanggang ini perlu diadakan secara konsisten sebagai contoh setiap bulan ahli wajib membayar RM2.00. Yuran ini digunakan sebagai dana terkumpul untuk membantu aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Selain itu Bendahari juga bertanggungjawab membantu Jurulatih mengumpul Yuran Khas seperti Yuran Ujian Kenaikan Bengkung dan yuran Mandi Adat. Adalah disarankan Bendahari Gelanggang menyimpan maklumat dalam bentuk 'hard-copy' dengan menggunakan Buku Log.
Selain itu, sekiranya ahli gelanggang anda mencecah 20 orang ke atas. disarankan anda mewujudkan Biro atau AJK Khas seperti AJK Kebajikan dan AJK Aktiviti. Hal ehwal berkaitan disiplin ahli di dalam gelanggang mahupun luar gelanggang perlu menjadi tanggungjawab Imam Gelanggang. Hal-hal berkaitan disiplin ini juga perlu dirujuk terus kepada Jurulatih.

Adalah diingatkan salah satu matlamat Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia ialah mendidik dan berdakwah melalui persilatan. Oleh yang demikian, secara halus dan perlahan-lahan ahli-ahli Gayong Ma'arifat perlu belajar menjaga disiplin, adat istiadat dan adab.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pengurusan Gelanggang boleh berhubung dengan kami untuk bimbingan dan pertanyaan. Sekian, selamat mencuba!




Sunday 10 June 2012

Pengambilan Terbaru

Adakah Anda.....


Tidak mempunyai kelulusan pelajaran yang tinggi?
Mempunyai kelulusan tetapi sukar mendapatkan pekerjaan?
Mempunyai rekod 'hitam' ?
Mempunyai anak / saudara yang bermasalah ?

Maka, andalah yang kami cari-cari. Jom sertai kami di Gayong Ma'arifat Sdn Bhd.
Kami adalah syarikat Bumiputera yang membuka ruang bagi anak-anak Melayu-Islam yang mengalami masalah-masalah di atas untuk sertai kami.

Syarat-Syarat :-
Keinginan dan keazaman untuk berubah ke arah yang lebih baik
Rajin, tekun dan sabar
Lelaki / Perempuan (Bujang)
Melayu - Islam

Keistimewaan Kami:-
Penginapan dan Makan/Minum disediakan
Kursus Intensif Pembangunan Insan dan Rohani 1 - 3 bulan
(Beladiri Melayu , Tazkirah Harian. Fardhu 'Ain. Motivasi)
Latihan Intensif Kerjaya Pilihan 1 - 3 bulan

Bidang Kerjaya :-
Krew Restauran / Tukang Masak 
Multimedia / Graphic / IT
Ubahsuai Pejabat / Rumah / Bangunan
Kerani Am / Pembantu Pejabat
Jurulatih Silat

Untuk makluman lanjut :-
Sila hubungi Datuk Rahmat 017-3221007
Pn Dang Ratna 014-7351335