Wednesday 16 May 2012

tari sembah




Saturday 12 May 2012

Kaedah Mudah Beladiri Wanita #5 Pautan Kepala & Leher Belakang

Assalamualaikum wbh dan Salam Sejahtera

Wah! Teruja rasanya bila sebaik sahaja posting Kaedah Mudah Beladiri #4 mencapai 300 viewers dalam tempoh sehari. Mungkin ada kekurangan dari buah-buah yang saya paparkan. Sekadar perkongsian untuk rakan-rakan wanita dan adinda-adinda remaja yang terdedah dari ancaman.

Baiklah saya diaju dengan persoalan bagaimana sekiranya terjadi pautan ala-ala sleeper hold (macam dalam gusti). Sekiranya kaedah yang akan saya paparkan di bawah tidak mengikut fahaman apa itu 'sleeper hold' harap empunya soalan dapat tag gambarnya pada saya.

Dibawah ialah aksi perlahan untuk photo shooting mungkin kelihatan agak pelik atau aneh, oleh itu anda mungkin boleh mencubanya dengan kaedah lebih pantas. Bagi lelaki gunakan sepenuh tenaga yang merupakan kelebihan pada anda. Untuk wanita tumpukan pada aspek 'pematahan' untuk menyakitkan lawan.

Situasi : Leher dan kepala dipaut dari belakang


1- Mangsa dipaut pada kepala dan leher. Menyebabkan kesukaran bernafas dan agak tercekik. Pautan terasa kuat kerana penyerang memaut tangannya dengan kemas menyebabkan kita rasa terkunci. Jangan Panik.

Gambar 2A

Gambar 2B

2- Segera dapatkan jari dari kedua tangan yang memaut leher dan kepala anda. Sekuat dan sepantas yang mampu, tarik ke arah belakang untuk patahkan jari tersebut.

Gambar 3A

Gambar 3B

3-Setelah patahkan jari dan penyerang dalam keadaan terkejut dan kesakitan, segera pusingkan badan anda dan hentak siku di bawah ketiak/lengan. Disitu terdapat pelbagai otot dan urat. Hentakan yang kuat akan memberikan impak kedua kepada penyerang.

4-Segera memeberikan serangan balas dengan hentakan siku kedua pada hulu hati. Bagi menambah lagi serangan untuk melemahkan lawan, anda boleh secara pantas memberi tumbukan (Tubi Jantan) pada muka (hidung) atau halkum lawan dengan menggunakan tubi betina. (Sila rujuk pada yang faham apa itu Tubi Betina). Sekiranya pihak lawan jatuh, anda boleh memberi hentakan pada muka atau kemaluan dengan menggunakan tumit. 

5-Jangan lupa, sebaik sahaja penyerang jatuh, segera dapatkan bantuan atau jerit dapatkan pertolongan.

Selamat Mencuba! Terima Kasih.




Thursday 10 May 2012

Kaedah Mudah Beladiri Wanita 4# Dipaut Dari Hadapan

Assalamualaikum wbh dan Salam Sejahtera..

Saya mengambil masa hampir 2 bulan kiranya untuk menaikmuat Kaedah Mudah Beladiri Wanita. Yang pertamanya kerana saya cuba memerhati feedback dan rating dari pengunjung laman khususnya yang mencari-cari kaedah beladiri untuk wanita. Alhamdulillah dalam blog ini, Top Rating bagi artikel adalah Kaedah Mudah Beladiri Wanita #1 #2 dan #3 (Ragut).

Penyelusuran saya di internet juga mencari dan meneliti buah-buah beladiri wanita dari pelbagai aliran dan perguruan beladiri. Kebanyakkan yang saya lihat memerlukan kekuatan / power & strenght. Bukan semua wanita yang memiliki naluri dan ketangkasan untuk membeladiri. Wanita sering dikaitkan dengan unsur-unsur lembut dan lemah.

Baiklah kali ini, saya dan suami berkongsi Kaedah Mudah Beladiri Wanita #4 bagi Pautan Dari Belakang. Kami cuba mencari beberapa kaedah, setelah difikirkan kaedah ini antara kaedah yang paling KURANG MENGGUNAKAN TENAGA tetapi menimbulkan impak besar.

Kaedah Mudah Beladiri Wanita #4

Situasi : Dipaut / Dicekik Dari Hadapan(Bahu)

Kaedah Mengatasi :

1- Ambil salah satu jari dari kedua-dua tangan penyerang (jari kelingking / jari manis)

2- Patahkan sendi jari tersebut dengan spontan sebaik sahaja anda dapat mengambilnya / memegangnya

(Teknik ini bagi menyakitkan pihak lawan sekaligus melemahkan dan mengurangkan fokus lawan terhadap kita)


 3- Kaki kanan / kaki kiri (salah satu yang anda selesa) mengambil langkah serong ke arah sisi luar pihak menyerang

4- Serentak dengan langkah kaki tersebut, bagi satu libasan / hentakan siku ke arah sisi pipi penyerang tersebut












5- Balas serangan seterusnya dengan hentakan belakang siku ke arah pipi yang berlawan
















6- Sebagai tambahan, anda juga boleh menghentak lutut penyerang dengan menggunakan tapak kaki / tumit













* Diingatkan anda perlu berlatih gerakan ini, walaupun tidak banyak menggunakan tenaga tetapi anda juga perlu memahirkan gerakan siku dan langkah

*Apa yang penting, bagi serangan tersebut BUAT SEPANTAS DAN SEKUAT YANG ANDA MAMPU

* Guna kesempatan selepas mencederakan pihak penyerang untuk mendapatkan bantuan.

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Selamat Mencuba!


Thursday 3 May 2012

Hidup Dalam Silat

Jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan Allah maka siapa sangka saya sendiri akan dipertemukan oleh Allah dengan jodoh yang sealiran dan juga sama perjuangan dengan saya sendiri

Ramai yang bertanya mengapakah saya memilih untuk berjuang dalam silat , adakah dengan silat saya dapat hidup dengan silat

Jawapan nya

YA!!

Saya telah 13 tahun berada dalam Gayong Maarifat , dan sepanjang masa itu 70% masa saya di peruntukan dengan silat dan sepanjang dalam perjuangan memartabatkan silat melayu saya belum pernah sekali 'kelaparan'

Begitu juga dengan anak anak saya, mungkin kami tidak dapat mewah tetapi apa yang ada pada kami cukup dan dicukupkan oleh Allah

Saya hidup dalam silat kerana perjuangan Agama , Bangsa dan Tanah Air. Disini saya telah berdiri lebih dari  sedekad dan insyaalah perjuangan akan diteruskan selagi terdaya.

Posting ini diharap dapat memberikan sedikit cabaran kepada jiwa jiwa remaja diluar sana , ayuh !! sertai Gayong Maarifat , sertai lah Petugas Khas (UTC) Gayong Maarifat, tiada perjuangan yang tidak perit tiada perjuangan yang tidak payah , namun jika niat itu ikhlas maka bantuan Allah itu bukanlah satu janji kosong.

Pihak Gayong Maarifat masih menawarkan kekosongan untuk jurulatih tetap.


Dunia akan datang sendiri sekiranya kita kejar Akhirat


Tuesday 1 May 2012

Permainan Parang Panjang Gayong Maarifat




Permainan Parang Panjang Gayong Maarifat ialah pelajaran yang terdapat didalam Cindai Kuning Pelangi Biru 2. Seni permainan ini menggabungkan kaedah tangkisan dan serangan yang mengelirukan tepat , pantas dan berkesan. Untuk menghidupkan permainan ini, pesilat diajar berlatih menggunakan tongkat sebagai ganti senjata sebenar iaitu parang panjang.



Permainan Parang Panjang yang unik ini cuma terdapat di dalam Gayong Ma'arifat. Berbeza dengan persilatan lain yang lebih terkenal dengan permainan golok, keris dan kerambit contohnya. Walau bagaimanapun, permainan senjata-senjata ini tetap akan diperkenalkan apabila pesilat mempelajari silibus bagi bengkung yang lebih tinggi.

Di dalam permainan parang panjang, asas bagi permainan ini diperkenalkan dan dilatih berulang-ulang kali bagi menghidupkan tangan dan langkah pesilat. Adalah disyorkan semua pesilat memiliki tongkat hak milik persendirian supaya dapat mewujudkan keserasian senjata dan tangan sendiri.

Pelajaran bagi asas seni tempur ini ialah :-

  • 4 kaedah serangan (tetak, libas atas, libas bawah, cucuk)
  • 4 kaedah tangkisan (kepala, pinggang/belakang, muka/hadapan badan, kaki)
  • 6  tari parang panjang
  • 5 buah parang panjang
Semua aspek serangan tanpa langkah, serangan dengan langkah, mencuri tapak, menangkis dan menangkis sambil mencuri serang perlu dimahirkan bagi menghidupkan permainan rencah parang panjang.

Setelah pesilat dapat menguasai semua aspek asas dan menggabungkannya, permainan tahap seterusnya ialah dengan permainan rencah (spontan) parang panjang.
Rencah parang panjang lebih sukar kerana pesilat perlu memahami dengan betul tapak, rahsia langkah dan petua permainan silat. Sekiranya pesilat tidak menguasai ini dengan baik, maka asas serang-tangkis akan kelihatan sumbang apabila dimainkan.

Oleh itu, penguasaan senjata-tangan-tapak perlu dilatih dan ditingkatkan. Latihan perlu dilakukan dengan tempoh berulang-ulangkali dengan memulakan permainan perlahan terlebih dahulu. Kemudian ditingkatkan tahap kelajuan sedikit demi sedikit dengan menguasai rahsia / petua serangan dan rahsia langkah.