Wednesday 31 July 2013

Susunan Silibus 2013

Cindai Kuning Pelangi Biru 1

Tahap 1

1. Adab Buka Gelanggang
2. Senaman
3. Pernafasan
4. Tubi 9
5. Taji 7
6. Pelebat Sendeng Terlak
7.Pecah Pukul 7
8. Golek Anak Harimau

Tahap 2

1. Pelebat Gempur Harimau
2. Pecah Pukul 9
3. Pecah Pukul 11
4. Tangkisan
5. Petua
6. Rencah (serang elak serang)

Tahap 3

1. Pecah Pukul 13
2. Rahsia Langkah
3. Kincir Tangan
4. Kincir Siku
5. Recah Tempur
6. Ujian

Cindai Kuning Pelangi Biru 2

1. Buah Pukul 17
2. Buah Cekak 17
3. Buah Pelepas 10
4. Rencah serang elak serang kunci
5. Ujian

Thursday 25 July 2013

Perasmian Gelanggang Warisan Inderapura Maran Pahang

Alhamdulillah 
Syukur Gelanggang Maran telah secara rasminya dibuka pada 28 Jun yang lepas 
majlis perasmian dijalankan oleh Yang Dihormati Setiausaha Kehormat Dewan Perguruan dan Adat Istiadat PSSGMM Paduka Ayahnda Datuk Bijasura Ibrahim Mohamad 








Monday 18 March 2013

Gelanggang Baru dibawah kendalian kami

Gelanggang Warisan Laksamana 
Dewan KRT Taman Muhibah Benus
Bentong Pahang
Masa Latihan
Jumaat dan Sabtu 9-11 Malam
















Gelanggang Warisan Inderapura 
Pekan Tajau Maran Pahang
Masa Latihan
Jumaat 9-11 Malam

















Sejarah Gayong Maarifat Catatan Guru Utama

REG: 1176 

SEJARAH PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA’ARIFAT MALAYSIA (PSSGMM)

Pertama sekali, Guru Utama Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia (PSSGMM) yang memakai gelaran YTM Yang Di-Pertuan Besar Panji Alam (YTMYDPBPA) ingin memohon maaf kepada semua pihak kerana menyembunyikan salasilah baginda dan asal usul Seni Silat Gayong Ma’arifat buat sekian lama. 

Selama ini, beliau bukan sengaja mahu menyembunyikan fakta ini tetapi ingin menghindari fitnah dan nista daripada sesetengah pihak yang tidak berlapang dada mengenainya.

Kini, dengan rendah diri dan atas rasa penuh tanggungjawab, YTM Yang Di-Pertuan Besar Panji Alam akan menjelaskan sejarah kewujudan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia. Ini adalah untuk makluman semua murid dan peminat setia Seni Silat Gayong Ma’arifat. Beliau tidak mahu sekiranya beliau sudah tiada lagi di dunia ini kelak, masih ada murid atau pengikut Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia yang tidak tahu akan asal usul Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia itu sendiri. 

YTM Yang Di-Pertuan Besar Panji Alam mula mengenali Seni Silat Melayu sejak berusia dua tahun. Pada peringkat awal, ketika berusia 2 – 12 tahun, beliau sering berlatih silat secara sendirian. Hanya mengikut gerak naluri dan rasa. Kemungkinan kebolehan ini datang kepada beliau atas nasab keturunan yang ada pada beliau. Ibu bapanya berasal daripada jalur keturunan pendekar. Maka, dengan izin-Nya, beliau mampu dan pandai bersilat tanpa berguru. 

Pada tahun 1977, beliau menetap di Kuala Krau, Temerloh, Pahang. Pada waktu itu, Seni Silat Melayu kian berkembang di kampung dan pekan kecil di sekitar Temerloh hingga Jerantut. Antara Seni Silat Melayu yang giat menabur ilmu ialah Silat Nasrul Haq, Tapak Suci, Wali Suci, Gayung 7, Sendeng 2 Beradik dan Seni Silat Lincah. Seni Silat Gayong turut menumpang kemeriahan alam persilatan pada waktu itu. 
Walaupun Seni Silat Melayu semakin mendapat tempat di hati masyarat pada masa itu, masih ada Seni Silat Tua yang aktif menurunkan ilmunya kepada pemuda dan pemudi yang berminat. Ketika itu, YTM Yang Di-Pertuan Besar Panji Alam mulai jatuh hati kepada sebuah Perguruan Silat Tua negeri Pahang daripada aliran Sutan Muakat yang bernama Seni Silat ‘Panding Juan’. Beliau memperolehi ilmu ini daripada Guru Tua yang dihormati, iaitu seorang Pendekar yang tersohor di negeri Pahang. Guru Tua itu bernama Tuan Guru Haji Abdullah bin Simat. 

YTM Yang Di-Pertuan Besar Panji Alam dengan rendah hati telah menghambakan diri mempelajari dan membantu mengembangkan seni silat ini daripada tahun 1977 sehingga tahun 1985. Kemudian, keinginan beliau mula bercambah kepada ilmu kerohanian dan kebatinan aliran ilmu Persilatan Melayu. Untuk mendalaminya, beliau telah menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia daripada tahun 1986 sehingga tahun 1989. Beliau telah mempelajari pelbagai ilmu kebatinan Persilatan Melayu daripada 32 orang guru silat. 

Namun begitu, beliau belum lagi merasa puas kerana apa yang dicari-cari selama ini, masih belum ditemui. 

Beliau sebenarnya mencari satu aliran persilatan yang mampu mendidik dirinya untuk dunia dan akhirat. Beliau bukan semata-mata mencari kehebatan dunia atau mencari nama, tetapi beliau mencari kepuasan hati. Beliau mencari ilmu yang mampu menjadikan beliau seorang yang berakhlak, tenang dan selamat di dunia dan di akhirat. 

Telah ditakdirkan Allah SWT, pada Disember 1989, beliau telah menemui seorang guru tua yang mampu membimbing dan mendidik beliau mengenali jalan Tuhan. Beliau berguru dengan guru tua tersebut selama 3 tahun (1990 – 1993). Guru Tua ini telah mengarahkan beliau untuk melakukan uzlah di hutan Lentang, Bentong, Pahang. Pada tahun 1991, beliau telah didatangi pula oleh seorang guru tua yang membawa aliran persilatan warisan Laksamana Datuk Hang Tuah. Beliau telah berguru kepada guru tua kedua ini selama dua tahun (1992 – 1993). 
YTM Yang Di-Pertuan Besar Panji Alam telah menamatkan pengajian ilmu ketuhanan dan persilatan daripada kedua-dua guru tua tersebut pada penghujung tahun 1993. Jika mahu mengetahui siapakah kedua-dua guru tua tersebut, perlulah mengadap YTM Yang Di-Pertuan Besar Panji Alam secara peribadi atau bertanya kepada Guru Kanan Seni Silat Gayong Ma’arifat itu sendiri. 

Pada tahun 1993, beliau telah diamanahkan oleh kedua-dua guru tua tersebut untuk mengembangkan Seni Silat Warisan Datuk Laksamana Hang Tuah ke seluruh dunia. Selain daripada mengembangkan ilmu persilatan, ia juga bertujuan untuk memperkenalkan budaya Melayu kepada masyarakat dunia. 

Oleh itu, ilmu persilatan yang dibawa oleh YTM Yang Di-Pertuan Besar Panji Alam adalah aliran warisan Datuk Laksamana Hang Tuah dan didaftarkan atas nama PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA’ARIFAT MALAYSIA.

Seni Silat ini juga dikenali sebagai permainan ‘Seni Silat Buah Pukul Melayu’ atau ‘Permainan Orang Laut’. 

Terdapat tujuh aliran permainan dalam seni silat ini iaitu: 

1. Permainan Buah Pukul Melayu
2. Permainan Seni Silat Sendeng
3. Permainan Seni Silat Cekak Melayu
4. Permainan Seni Silat Terlak
5. Permainan Seni Silat Harimau
6. Permainan Panglima
7. Permainan Laksamana

Kesemua permainan ini telah diperturunkan oleh guru tua yang kedua. YTM Yang Di-Pertuan Besar Panji Alam sangat menghormati dan menyayangi kedua-dua guru tua tersebut sehingga kini. Begitu juga dengan mantan gurunya, Tuan Guru Haji Abdullah bin Simat serta 32 orang guru kebatinan yang lain.

#sumber dari DEWAN PERGURUAN DAN ADAT ISTIADAT PSSGMM
YTM TKS Datuk Paduka Dr Azam Zulkifli Al Qadiry
Pengasas/Guru Utama /Ketua Dewan Perguruan Dan Adat Istiadat
Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia 

Sunday 23 December 2012

Sekitar Kem Hulubalang Muda 2012

Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah menyertai dan menamatkan Kem hulubalang muda sesi 2 2012

semoga ilmu yang diperolehi bermanafaat dunia dan akhirat


                                         Perserta Kem 1


                                          Peserta Kem 2

Friday 14 September 2012

Kursus Kejurulatihan PSSGMM

Terbuka bagi ahli PSSGMM yang berminat untuk menjadi jurulatih

Syarat dan kelayakan 

Berumur 16 tahun keatas dgn semangat juang yang tinggi

Tarikh kursus 

Terbuka sepanjang tahun

Tempat 

Pusat Latihan Tertinggi PSSGMM
Bukit Tinggi Bentong Pahang

Tempoh latihan 

3- 4 bulan (sepenuh masa )

Bayaran 

Percuma sekiranya menanggung makan minum sendiri


Adam  Azmin bin Ajmain dari gelanggang Pagaruyung KLIA menyertai kursus pada Mei 2012 , telah lulus CKBP 2 dan layak bergelar jurulatih penuh ... tahniah


Bengkel Hulubalang Muda sesi 2 (Nov-Dis 2012)


Pusat Latihan Tertinggi Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia mempelawa semua pelajar yang masih bersekolah (dibawah 18 tahun)  untuk menyertai Bengkel Hulubalang Muda sesi 2 (2012)


Tarikh : 17 - 24 November 2012
             25 November - 2 Disember 2012
           
Tempat : Pusat Latihan Tertinggi Gayong Maarifat
              Bt 18 Jalan Lama Bentong KL , Bukit Tinggi
              Bentong Pahang

Bayaran : RM 70 (seminggu) untuk kos makan minum dah juga sijil

Jangkamasa : seminggu

Modul latihan harian :
Latihan silat (Cindai Kuning Pelangi Biru 1 tahap 1) - 6 jam
Kelas Iqra' dan Fardu Ain - 2 jam
Latihan kecergasan - 1 jam

Sijil akan diberikan



Dzulfakar bin Norijam dari Gelanggang Pahlawan Panji Gelang Patah JB  peserta tunggal kursus sessi 1 (mei 2012) yang telah lulus CKBP1

Tahniah buat Dzul...

hubungi kami untuk tempahan dan tarikh