Wednesday 29 February 2012

Demo sulung Skuad Jentayu 2012

Skuad Jentayu Gayong Maarifat membuka tirai persembahan bagi tahun 2012 dengan menyertai satu program bertaraf antarabangsa iaitu Le Tour De Langkawi.
Skuad Jentayu Gayong Maarifat telah dipilih untuk membuat persembahan sempena perlepasan perlumbaan pada stage ke tujuh perlumbaan iaitu dari Bentong ke Kuantan pada 1 mac 2012 .
Walaupun hanya dengan kekuatan 5 pesilat namun skuad demo elit ini mampu memberi persembahan yang baik dan mendapat tepukan gemuruh.










Tuesday 28 February 2012

The Way Of The Warrior



Malay are an ancient race of the Archipelego, world renown for the spirit

and culture,

Henry the Black or Enrique or his malay name Panglima Awang is the first captain to c

ircle the globe,

even though his achivement did not reconise by the west but his name is proudly spoken ni the Malay world.

Another aspect that make Malay a once feard and respectable race is the way of the warrior an un written code that proudly embrace by all malay. What actualy is this code? with respect it is very similar to the famous Japanese creed The Code Of Bushido but unique in its own way , similar but difrent.



Malay art of warrior is Silat, in the veiw of un trained ayes it is just a plain martial art or an art of combat. but more than that silat is the way of life the very soul an root of malay race itself. One who embrace silat is consider true malay, a malay man who does not know silat is consider an outsider or uncomplete malay.

Nowadays silat is consider by most malay an out of date custom, worn and tatterd by time, morden malay denounce silat with various so called reason, the most famous of all is ' what fare guns with fist' and ' who will fight with blade in the era of nuclear bom'so it is sad to see an institution of culture, honor and self confident fades away by the so called mordenazation .

Is it true that silat is no longer relevant in the morden age?

The answer varied from a person to another, but to us as direct lineage of this ancient art it stll relevant, let us put it into prespective so all can consider it with the logical mind.

The Way of the warrrior in silat does not only teach about martial art, how to throw kick and punch, how to lock and throw enemies, but the basic is to teach on how to be a modest better person. The true silat mastery teach 'adab' and 'adat' that tied a student to an un written law to make them a better human.

what is adab? litteraly translated into manners, a pesilat ( a student of silat) are bound by silat law to respect elders, piers teachers,and parents. a pesilat also bound by the law of Islam. The adat or culture on clothing and other aspect of silat teaching can truly does wonders to ones personalities.

That is the spiritual element of silat, how about the phisical aspect ?

Silat has endure rigourus chalange for more than 2 millenium, it has enconter thousand of war, upholding and destroying hundred of kingdom so the efectiveness of silat as martial art cannot be denies. but does is realy matters ?

It maters, lets put you in a situation,

you are a proud man of the family, you have your lovely wife and sweet tenage daughter, as a sucessfull person you have a big house fill with all that the morden world had to offer. A group of despered men suddenly able to broke into the tight morden security system you have, you are faced with 8 armed with blade man, despered enough to kill, suddenly they have a change of mind, insted of money and other valueble they set their ayes on your loved ones... what are you going to do?

1. Stand and watch as they do what they pleased with your wife and daughter?

2. Fight and die?

This situation does applies to a pesilat trhe surviving chance are far greater, it is not our intention to put the law enforcer behind but with the ratio of 1:6000 can the police force really be there for you?

so we have put some prespective into veiw, please open your mind and soul and think for awhile

Cegah Jenayah : Selamatkan Wanita!




Posting kali ini khas ditujukan buat semua belia perempuan dan kaum wanita di luar sana. Keratan akhbar ini hanyalah salah satu daripada ribuan berita di dada akhbar lain. Tidak pernah sunyi dan padam dari jenayah sosial. Semakin hari semakin gila berita yang dikeluarkan.

Kejam! Menakutkan! Mengerikan!
Siapa yang dapat menyangka satu hari nanti mungkin saudara rapat kita yang akan melalui peristiwa yang sebegini. 




Semakin moden dan maju dunia bukan bermakna kita harus mengenetepikan ilmu beladiri. Terdapat banyak senjata mempertahankan diri di pasaran, namun ada masa-masa kritikal dimana pengetahuan beladiri amat DIPERLUKAN. Ilmu beladiri kini merupakan satu KEWAJIPAN buat semua teruatamanya GOLONGAN WANITA yang terdedah kepada risiko jenayah.

Di sini, Pusat Latihan Gayong Ma'arifat menawarkan Kem / Seminar Beladiri Wanita. Kenapa anda harus memilih Gayong Ma'arifat sebagai platform mempelajari asas beladiri ini? Jawapannya ialah Gayong Ma'arifat bukan silat pertandingan. Ilmu beladiri Gayong Ma'arifat khusus digunakan untuk mempertahankan diri dan menyerang pihak lawan. Untuk wanita, mungkin belum sampai tahap dimana anda harus memulakan serangan, tetapi adalah perlu bagi anda tahu bagaimana mempertahankan diri dan melepaskan diri dari serangan dan ancaman.

Kempen Cegah Jenayah : Jom Selamatkan Wanita! adalah kempen khusus untuk menarik belia wanita supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu beladiri khususnya ilmu dari Silat Gayong Ma'arifat. 

Hubungi Kami :-

Datuk Rahmat 017-3221007
Pusat Latihan Gayong Ma'arifat Malaysia
Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.

Monday 27 February 2012

Keselamatan Diri Tanggungjawab Diri Sendiri


Sering timbul pertanyaan kenapa perlu belajar silat atau apa pun beladiri , bukankah Malaysia sebuah negara yang aman dan mempunyai angota keselamatan yang mencukupi
jawapanya tidak.
Menurut INTERPOL nisbah yang wajar bagi angota polis ialah 1:250 bermakna seorang angota polis mengawal dan menjaga keselamatan 250 penduduk. ini adalah nisbah yang dikatakan wajar mengikut standard INTERPOL.
tetapi di Malaysia bilangan angota polis hanyalah sekitar 83,000 orang dan jika dinisbahkan dengan bilangan penduduk seramai lebih kurang 25 juta bermakna seorang angota polis harus menjaga keselamatan 287 orang penduduk.
Secara rasionalnya adakah bilangan ini mampu membuatkan kita tidur lena dimalam hari?
Namun ada persoalan yang timbul adakah dengan belajar silat atau beladiri dapat menjamin keselamatan?
Jawapanya terletak pada diri orang itu sendiri,

Thursday 16 February 2012

Tempahan Persembahan / Demonstrasi Silat

Pusat Latihan Gayong Ma'arifat juga mempunyai ahli kumpulan khusus yang menjalankan persembahan / demonstrasi silat bagi majlis-majlis rasmi, kenduri kahwin dan sebagainya.

Pasukan demonstrasi Gayong Ma'arifat digelar Pasukan Jentayu Gayong Maarifat.


Tempahan boleh dilakukan mengikut rundingan dan juga pilihan pakej-pakej dibawah :-


Pakej A - Pakej Sambut, Sembah & Iring ( 5 - 10 minit)

  • RM150++
  • 3 - 5 orang pesilat
  • Pakej ini khusus bagi adat menyambut pengantin / tetamu khas / vvip dimana pesilat akan mengiringi mereka, menyambut dengan bunga sembah silat dan seni silat pulut.

Pakej B - Pakej  Lengkap Sambut, Sembah & Iring ( 10 - 15 minit)
  • RM300++
  • 5 - 7 orang pesilat
  • Pakej ini khusus bagi adat menyambut pengantin / tetamu khas / vvip dimana 2 pesilat akan mengiringi mereka, menyambut dengan bunga sembah silat, seni silat pulut, seni tempur, seni merandai.
Pakej C - Pakej Eksklusif Sambut, Sembah & Iring ( 15 - 20 minit)
  • RM500++
  • 5 - 10 orang pesilat
  • Pakej khas persembahan silat perasmian majlis dan persembahan ketika majlis
  • Seni merandai, tari sembah, seni tempur tangan kosong, seni tempur senjata
  • Atas permintaan juga pesilat boleh melakukan aksi dabus (ketahanan diri)

Lokasi Liputan :
Jentayu Gayong Ma'arifat bersedia mengadakan persembahan / demonstrasi silat di kawasan-kawasan berikut :- 
  • Pahang ( Bentong / Raub / Kuala Lipis / Temerloh / Kuantan )
  • Seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Seluruh Selangor 






* Harga pakej-pakej diatas tidak termasuk kos pengangkutan
* Kos pengangkutan berdasarkan jarak dari Pusat Latihan ke lokasi
* Sila hubungi Datuk Rahmat 017-3221007 / En Malek 0132788675


Monday 13 February 2012

Kursus Jurulatih Muda Gayong Ma'arifat 2012

Pusat Latihan Gayong Ma'arifat kini membuka tawaran dan mengalukan mana-mana belia berusia 15 tahun ke atas yang berminat untuk menjadi Jurulatih Silat dan mengembangkan senibeladiri ini untuk menyertai Kursus Kejurulatihan Gayong Ma'arifat. Anda boleh memilih untuk menjadi Jurulatih Luar mahupun menjadi Jurulatih Pusat dan bekerja di bawah Pusat Latihan Gayong Ma'arifat.

Syarat-syarat :-

  • Lelaki & Wanita
  • Sihat tubuh badan 
  • Berdikari / tegas / yakin / berdisiplin
  • Minat yang mendalam dalam beladiri
  • Berhasrat untuk mengembangkan persilatan di kawasan luar / tempatan

Pelatih Kursus Jurulatih Pusat (Pegawai Skuad Elit)
  • Latihan akan dijalankan  selama 12 bulan
  • Penginapan dan makan/minum ditanggung
  • Elaun sara diri RM100 selama 12 bulan
  • Pekerjaan tetap selepas 12 bulan latihan
Pelatih Kursus Jurulatih Luar (Jurulatih Separuh Masa)
  • Latihan dijalankan selama 2 bulan - 3 bulan
  • Penginapan dan makan/minum disediakan
  • Yuran Latihan RM200 sebulan



Pilih Kursus Anda!

Pusat Latihan Gayong Ma'arifat menawarkan pelbagai kursus menarik untuk semua kategori belia di luar sana. Kami menyediakan pakej latihan yang bersesuaian untuk semua peringkat umur dan bersesuaian dengan kehendak anda.




Jom semak kursus kami :-

Gelanggang Silat Umum (Kanak-Kanak / Remaja / Dewasa) 
(Isnin – Khamis)
·         8.30 malam – 11.30 malam
 (Sabtu & Ahad)
·         9.00 pagi – 12.00 tgh hari
·         3.00 petang – 6.00 petang
·         9.00 malam – 12.00 tgh malam



 Gelanggang Khas Wanita
  • Sabtu & Ahad
  • Mengikut rundingan temujanji pihak yang berminat


Kursus Jurulatih (Layak membuka gelanggang)
·         3 bulan
·         6 bulan
·         9 bulan
·         12 bulan



Kem Silat Cuti Sekolah ( 1 – 2 minggu)

  •    Mana-mana musim cuti sekolah
  •    Berdasarkan tempahan & permintaan
    Kursus Intensif  Beladiri Wanita (3 hari – 1 minggu)

  •     Mengikut tempahan & persetujuan
  •     Juga bersedia mengadakan kursus / seminar di tempat anda




Bagi pihak-pihak yang berminat, sila hubungi :

Datuk Rahmat - 0173221007
ariaraden@gmail.com


Dang Ratna - 014-7351335
dangratna86@gmail.com



Friday 10 February 2012

Jemputan Belajar Silat !

Kami dari Pusat Latihan Gayong Ma'arifat mengalu-alukan kedatangan individu mahupun mana-mana kumpulan dari badan kerajaan atau bukan kerajaan untuk ke mari dan sertai latihan silat di hujung minggu.


Dari mana jua anda berada, Kuala Lumpur, Selangor atau dari Bentong ke Raub ke...jom sertai kami. Dah berlatih silat, boleh berkelah pulak di Janda Baik. 10 minit je....tak pun berendam je sungai di kawasan Pusat Latihan kami. Betul-betul bersebelahan dengan kawasan latihan.


Untuk maklumat lanjut bagi permintaan mengadakan kelas di Pusat Latihan mahupun di kawasan anda terutamanya di sekitar Genting Highland, Janda Baik dan Bentong,
 sila hubungi : 
En Rahmat 0173221007
ariaraden@gmail.com

Thursday 9 February 2012

Jom Belajar Silat !

Kat mana nak belajar? Banyakkkk. Tambah-tambah pula kat kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Macam saya cakap, silat belum berkubur cuma kurang sambutan. Macam-macam silat ada, semua ada keistimewaan dan keunikan sendiri. Dari Silat Lincah, Gayong Fatani, Cekak Hanafi sehinggalah ratusan silat-silat Melayu-Nusantara yang lain.

Blog saya ini ingin memperkenalkan Pusat Latihan Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia. Terletak di Bt.18, Jalan Lama Bentong - K.Lumpur, Bukit Tinggi, Bentong. (Kat mana tuee??)

Terletak kat Highway Karak. Check out this photo.
Ok? Nampak je signboard ni...boleh la bagi signal kiri n masuk simpang tue. Dari situ sila bergerak ke Stesyen Minyak BHP dan jalan je terus sehingga jumpa SMK Bukit Tinggi. Jalan terus lagi sampai anda jumpe di sebelah kanan anda.....
Kalau terlepas, anda akan terus menuju ke Bandar Bentong.....

Ok? Dengar bunyi cam jauh je kan...sebenarnya tak jauh..lebih kurang 30minit dari Gombak. So...kalau datang hujung minggu nak berlatih silat, boleh terus pergi berkelah di Janda Baik...dekat jeeee....

Wednesday 8 February 2012

Hobi?

Tidak lama dulu, negara popular dengan filem Kungfu Hustle. Kini, dengar kata, bakal ditubuhkan liga bola sepak kungfu di negara mereka. Wah...kan best kalau silat pun macam tu. Rasanya silat belum 'mati' lagi cuma kurang mendapat sambutan di kalangan generasi muda. Terutamanya dari golongan perempuan.

Kenapa kurang sambutan? Atas survey saya sendiri, rata-rata jawapan dari 'mereka' yang pernah berlatih silat kemudian bertukar ke beladiri lain ialah kerana masalah Gurulatih dan masalah sistem pengajaran. Setuju atau tidak? Aneh bukan...yuran gelanggang silat pernah serendah RM5 sebulan dan paling tinggi pernah saya jumpa ialah RM35. Berbanding dengan beladiri lain yang mencecah RM50 sehingga la ke RM100. Itu belum termasuk uniform dan Ujian Kenaikan Bengkung / Grade lagi.
Kesimpulan pertama : Duit bukan masalah utama.

Kenapa dengan Gurulatih silat sebenarnya? Kalau ikut pengalaman dan pandangan, ramai gurulatih yang mengajar dengan baik dan mempunyai sistem sendiri. Tapi yang lebih ramai ialah gurulatih yang kurang wibawa dalam gelanggang. Dari segi menjaga adab, tatasusila dan disiplin gelanggang. Malah untuk menjadi gurulatih yang dihormati, disegani dan boleh anak buah dengar kata adalah perkara yang juga perlu dilatih.

Masalah sistem pengajaran dan pembelajaran. Ni juga satu masalah yang amat berat bila anak buah tak diajar untuk DISIPLIN dan IKUT ARAHAN. Pengalaman sendiri latihan 2 jam dalam silat tak sama dengan beban belajar beladiri yang lain selama 2 jam. Semuanya gara-gara rakan seperguruan yang tak disiplin dengan masa, kemudian gurulatih yang kurang wibawa (ni paling masalah) dan yang terakhir ialah bila gurulatih HILANG IDEA DAN KREATIVITI MENGAJAR (lagi la masalah).

Semua perkara diatas ni la yang paling banyak menjadi sebab musabab kenapa aktiviti silat tidak mendapat tempat dan bukan pilihan generasi sekarang (pendapat sendiri).

Bagaimana membentuk SILAT sebagai HOBI?
3 sebab kenapa KITA harus belajar silat

  1. Mempertahankan diri
  2. Menyihatkan badan
  3. Memelihara warisan 

Aduh! skemanya bunyi. Saje-saje nak belajar boleh tak? Jawapan saya...bolehhhhhhhhh. Jadikan silat sebagai latihan aerobik. Disinilah terletaknya kreativiti gurulatih untuk memastikan golongan yang belajar saja-saja ini untuk terus belajar. Kesilapan gelanggang bila ada 2 puak iaitu puak pertandingan dan puak yang berlatih untuk diri sendiri. Tetapi terlepas pandang golongan yang belajar suka-suka dan belajar ikut kawan yang datang berkumpulan.

Aerobik? Alamakkk dah macam apa je kan bunyinya... Komen saya...CUBA dulu. Ini cuma cadangan saya. Bagi golongan yang berpendapat silat hanya untuk orang silat, saya memohon kemaafan andai pandangan dan pendapat saya bercanggah dengan anda.


Jom Silat!

Tuesday 7 February 2012

Jom Belajar Silat!

Assalamualaikum wbh / Salam Sejahtera

Ini adalah catatan peribadi untuk tatapan dan bacaan umum. Niat saya cuma ingin mengembangkan ilmu persilatan yang telah saya pelajari disini. Besarlah harapan kiranya catatan dan maklumat yang berada di dalam blog ini dapat meraih perhatian warga muda mudi terutamanya adinda-adinda sebangsaku.

Jom Kita Silat!

Dang Ratna
Pusat Latihan PSSGMM, Bukit Tinggi
Bentong, Pahang.