Kenapa kurang sambutan? Atas survey saya sendiri, rata-rata jawapan dari 'mereka' yang pernah berlatih silat kemudian bertukar ke beladiri lain ialah kerana masalah Gurulatih dan masalah sistem pengajaran. Setuju atau tidak? Aneh bukan...yuran gelanggang silat pernah serendah RM5 sebulan dan paling tinggi pernah saya jumpa ialah RM35. Berbanding dengan beladiri lain yang mencecah RM50 sehingga la ke RM100. Itu belum termasuk uniform dan Ujian Kenaikan Bengkung / Grade lagi.
Kesimpulan pertama : Duit bukan masalah utama.
Kenapa dengan Gurulatih silat sebenarnya? Kalau ikut pengalaman dan pandangan, ramai gurulatih yang mengajar dengan baik dan mempunyai sistem sendiri. Tapi yang lebih ramai ialah gurulatih yang kurang wibawa dalam gelanggang. Dari segi menjaga adab, tatasusila dan disiplin gelanggang. Malah untuk menjadi gurulatih yang dihormati, disegani dan boleh anak buah dengar kata adalah perkara yang juga perlu dilatih.
Masalah sistem pengajaran dan pembelajaran. Ni juga satu masalah yang amat berat bila anak buah tak diajar untuk DISIPLIN dan IKUT ARAHAN. Pengalaman sendiri latihan 2 jam dalam silat tak sama dengan beban belajar beladiri yang lain selama 2 jam. Semuanya gara-gara rakan seperguruan yang tak disiplin dengan masa, kemudian gurulatih yang kurang wibawa (ni paling masalah) dan yang terakhir ialah bila gurulatih HILANG IDEA DAN KREATIVITI MENGAJAR (lagi la masalah).
Semua perkara diatas ni la yang paling banyak menjadi sebab musabab kenapa aktiviti silat tidak mendapat tempat dan bukan pilihan generasi sekarang (pendapat sendiri).
Bagaimana membentuk SILAT sebagai HOBI?
3 sebab kenapa KITA harus belajar silat
- Mempertahankan diri
- Menyihatkan badan
- Memelihara warisan
Aduh! skemanya bunyi. Saje-saje nak belajar boleh tak? Jawapan saya...bolehhhhhhhhh. Jadikan silat sebagai latihan aerobik. Disinilah terletaknya kreativiti gurulatih untuk memastikan golongan yang belajar saja-saja ini untuk terus belajar. Kesilapan gelanggang bila ada 2 puak iaitu puak pertandingan dan puak yang berlatih untuk diri sendiri. Tetapi terlepas pandang golongan yang belajar suka-suka dan belajar ikut kawan yang datang berkumpulan.
Aerobik? Alamakkk dah macam apa je kan bunyinya... Komen saya...CUBA dulu. Ini cuma cadangan saya. Bagi golongan yang berpendapat silat hanya untuk orang silat, saya memohon kemaafan andai pandangan dan pendapat saya bercanggah dengan anda.
Jom Silat!
No comments:
Post a Comment