Gayong Maarifat Group adalah sebuah syarikat induk yang dinaungi oleh Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia
mempelawa mereka yang
1: Tidak mempunyai pekerjaan (ingin mencari pekerjaan) tetapi
a. tidak mempunyai kelulusan tinggi
b. tidak mempunyai pengalaman
c. mempunyai sejarah dan rekod yang tidak baik
untuk menyertai program latihan dan sekaligus bekerja dengan GMGoC
Melalui program ini anda akan diberi latihan
1. kemantapan jatidiri melayu melalui silat
2. kemantapan kerohanian melaui program keagaman dan majlis zikir
3. latihan praktikal mengikut bidang dan kecenderungan
sila hubungi pihak kami untuk maklumat lanjut
Kami menyediakan ...
Bukan Sekadar Pekerjaan
Wednesday, 5 September 2012
Tuesday, 12 June 2012
Pengurusan Gelanggang
Assalamualaikum wbh dan Salam Sejahtera
Topik kali ini khusus buat Imam Gelanggang dan Jurulatih. Teknik Pengurusan gelanggang yang baik akan memastikan pelbagai perkara berjalan lancar. Berikut saya senaraikan perkara yang perlu dibuat di gelanggang jagaan anda:-
1- Mewujudkan organisasi gelanggang yang terdiri daripada :-
- Imam Gelanggang dan Pembantu Imam. (Bukan Jurulatih). Bidang tugasnya ialah memastikan semua ahli mendapat informasi berkaitan latihan dan aktiviti yang dibuat atau diarahkan oleh Jurulatih. Ini akan memudahkan Jurulatih untuk menyampaikan maklumat tanpa membazir wang, masa dan tenaga. Mereka juga bertanggungjawab mengenai hal ehwal ahli gelanggang yang bermasalah dan hal-hal berkaitan disiplin, dan adab-adab umum. (Jawatan Imam Srikandi juga boleh diwujudkan sekiranya terdapat ahli srikandi di gelanggang anda)
- Setiausaha Gelanggang. Bidang tugasnya ialah mencatat maklumat ahli gelanggang dan memastikan ahli gelanggang mengisi borang yang perlu. Maklumat yang perlu ada dalam simpanan ialah Nama, No. K/P, Alamat Rumah, Nama Sekolah, Nama Penjaga/Ibu Bapa, No Tel Penjaga. Selain data asas maklumat, Setiausaha gelanggang juga perlu membantu Jurulatih merekod kehadiran ahli, hal ehwal mengenai gelanggang seperti Gerak Laksamana, Mandi Adat, Ujian Kenaikan Bengkung dan sebagainya supaya dapat dirujuk oleh Jurulatih. Data-data berkaitan gelanggang ini sewajarnya dibawah pemantauan dan kendalian Jurulatih Gelanggang tersebut. Adalah disarankan Setiausaha Gelanggang menyimpan maklumat dalam bentuk 'hard-copy' dengan menggunakan Buku Log.
- Bendahari Gelanggang. Bidang tugasnya ialah merekod dan memastikan Yuran Latihan dan Yuran Khas Gelanggang dikutip mengikut masa yang ditetapkan. Yuran Khas Gelanggang ini perlu diadakan secara konsisten sebagai contoh setiap bulan ahli wajib membayar RM2.00. Yuran ini digunakan sebagai dana terkumpul untuk membantu aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Selain itu Bendahari juga bertanggungjawab membantu Jurulatih mengumpul Yuran Khas seperti Yuran Ujian Kenaikan Bengkung dan yuran Mandi Adat. Adalah disarankan Bendahari Gelanggang menyimpan maklumat dalam bentuk 'hard-copy' dengan menggunakan Buku Log.
Selain itu, sekiranya ahli gelanggang anda mencecah 20 orang ke atas. disarankan anda mewujudkan Biro atau AJK Khas seperti AJK Kebajikan dan AJK Aktiviti. Hal ehwal berkaitan disiplin ahli di dalam gelanggang mahupun luar gelanggang perlu menjadi tanggungjawab Imam Gelanggang. Hal-hal berkaitan disiplin ini juga perlu dirujuk terus kepada Jurulatih.
Adalah diingatkan salah satu matlamat Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia ialah mendidik dan berdakwah melalui persilatan. Oleh yang demikian, secara halus dan perlahan-lahan ahli-ahli Gayong Ma'arifat perlu belajar menjaga disiplin, adat istiadat dan adab.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pengurusan Gelanggang boleh berhubung dengan kami untuk bimbingan dan pertanyaan. Sekian, selamat mencuba!
Sunday, 10 June 2012
Pengambilan Terbaru
Adakah Anda.....
Tidak mempunyai kelulusan pelajaran yang tinggi?
Mempunyai kelulusan tetapi sukar mendapatkan pekerjaan?
Mempunyai rekod 'hitam' ?
Mempunyai anak / saudara yang bermasalah ?
Maka, andalah yang kami cari-cari. Jom sertai kami di Gayong Ma'arifat Sdn Bhd.
Kami adalah syarikat Bumiputera yang membuka ruang bagi anak-anak Melayu-Islam yang mengalami masalah-masalah di atas untuk sertai kami.
Syarat-Syarat :-
Keinginan dan keazaman untuk berubah ke arah yang lebih baik
Rajin, tekun dan sabar
Lelaki / Perempuan (Bujang)
Melayu - Islam
Keistimewaan Kami:-
Penginapan dan Makan/Minum disediakan
Kursus Intensif Pembangunan Insan dan Rohani 1 - 3 bulan
(Beladiri Melayu , Tazkirah Harian. Fardhu 'Ain. Motivasi)
Latihan Intensif Kerjaya Pilihan 1 - 3 bulan
Bidang Kerjaya :-
Krew Restauran / Tukang Masak
Multimedia / Graphic / IT
Ubahsuai Pejabat / Rumah / Bangunan
Kerani Am / Pembantu Pejabat
Jurulatih Silat
Untuk makluman lanjut :-
Sila hubungi Datuk Rahmat 017-3221007
Pn Dang Ratna 014-7351335
Monday, 4 June 2012
Saturday, 2 June 2012
Wednesday, 16 May 2012
Saturday, 12 May 2012
Kaedah Mudah Beladiri Wanita #5 Pautan Kepala & Leher Belakang
Assalamualaikum wbh dan Salam Sejahtera
Wah! Teruja rasanya bila sebaik sahaja posting Kaedah Mudah Beladiri #4 mencapai 300 viewers dalam tempoh sehari. Mungkin ada kekurangan dari buah-buah yang saya paparkan. Sekadar perkongsian untuk rakan-rakan wanita dan adinda-adinda remaja yang terdedah dari ancaman.
Baiklah saya diaju dengan persoalan bagaimana sekiranya terjadi pautan ala-ala sleeper hold (macam dalam gusti). Sekiranya kaedah yang akan saya paparkan di bawah tidak mengikut fahaman apa itu 'sleeper hold' harap empunya soalan dapat tag gambarnya pada saya.
Dibawah ialah aksi perlahan untuk photo shooting mungkin kelihatan agak pelik atau aneh, oleh itu anda mungkin boleh mencubanya dengan kaedah lebih pantas. Bagi lelaki gunakan sepenuh tenaga yang merupakan kelebihan pada anda. Untuk wanita tumpukan pada aspek 'pematahan' untuk menyakitkan lawan.
Situasi : Leher dan kepala dipaut dari belakang
Wah! Teruja rasanya bila sebaik sahaja posting Kaedah Mudah Beladiri #4 mencapai 300 viewers dalam tempoh sehari. Mungkin ada kekurangan dari buah-buah yang saya paparkan. Sekadar perkongsian untuk rakan-rakan wanita dan adinda-adinda remaja yang terdedah dari ancaman.
Baiklah saya diaju dengan persoalan bagaimana sekiranya terjadi pautan ala-ala sleeper hold (macam dalam gusti). Sekiranya kaedah yang akan saya paparkan di bawah tidak mengikut fahaman apa itu 'sleeper hold' harap empunya soalan dapat tag gambarnya pada saya.
Dibawah ialah aksi perlahan untuk photo shooting mungkin kelihatan agak pelik atau aneh, oleh itu anda mungkin boleh mencubanya dengan kaedah lebih pantas. Bagi lelaki gunakan sepenuh tenaga yang merupakan kelebihan pada anda. Untuk wanita tumpukan pada aspek 'pematahan' untuk menyakitkan lawan.
Situasi : Leher dan kepala dipaut dari belakang
1- Mangsa dipaut pada kepala dan leher. Menyebabkan kesukaran bernafas dan agak tercekik. Pautan terasa kuat kerana penyerang memaut tangannya dengan kemas menyebabkan kita rasa terkunci. Jangan Panik.
Gambar 2A
Gambar 2B
2- Segera dapatkan jari dari kedua tangan yang memaut leher dan kepala anda. Sekuat dan sepantas yang mampu, tarik ke arah belakang untuk patahkan jari tersebut.
Gambar 3A
Gambar 3B
3-Setelah patahkan jari dan penyerang dalam keadaan terkejut dan kesakitan, segera pusingkan badan anda dan hentak siku di bawah ketiak/lengan. Disitu terdapat pelbagai otot dan urat. Hentakan yang kuat akan memberikan impak kedua kepada penyerang.
4-Segera memeberikan serangan balas dengan hentakan siku kedua pada hulu hati. Bagi menambah lagi serangan untuk melemahkan lawan, anda boleh secara pantas memberi tumbukan (Tubi Jantan) pada muka (hidung) atau halkum lawan dengan menggunakan tubi betina. (Sila rujuk pada yang faham apa itu Tubi Betina). Sekiranya pihak lawan jatuh, anda boleh memberi hentakan pada muka atau kemaluan dengan menggunakan tumit.
5-Jangan lupa, sebaik sahaja penyerang jatuh, segera dapatkan bantuan atau jerit dapatkan pertolongan.
Selamat Mencuba! Terima Kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)

