Tuesday, 1 May 2012

Permainan Parang Panjang Gayong Maarifat




Permainan Parang Panjang Gayong Maarifat ialah pelajaran yang terdapat didalam Cindai Kuning Pelangi Biru 2. Seni permainan ini menggabungkan kaedah tangkisan dan serangan yang mengelirukan tepat , pantas dan berkesan. Untuk menghidupkan permainan ini, pesilat diajar berlatih menggunakan tongkat sebagai ganti senjata sebenar iaitu parang panjang.



Permainan Parang Panjang yang unik ini cuma terdapat di dalam Gayong Ma'arifat. Berbeza dengan persilatan lain yang lebih terkenal dengan permainan golok, keris dan kerambit contohnya. Walau bagaimanapun, permainan senjata-senjata ini tetap akan diperkenalkan apabila pesilat mempelajari silibus bagi bengkung yang lebih tinggi.

Di dalam permainan parang panjang, asas bagi permainan ini diperkenalkan dan dilatih berulang-ulang kali bagi menghidupkan tangan dan langkah pesilat. Adalah disyorkan semua pesilat memiliki tongkat hak milik persendirian supaya dapat mewujudkan keserasian senjata dan tangan sendiri.

Pelajaran bagi asas seni tempur ini ialah :-

  • 4 kaedah serangan (tetak, libas atas, libas bawah, cucuk)
  • 4 kaedah tangkisan (kepala, pinggang/belakang, muka/hadapan badan, kaki)
  • 6  tari parang panjang
  • 5 buah parang panjang
Semua aspek serangan tanpa langkah, serangan dengan langkah, mencuri tapak, menangkis dan menangkis sambil mencuri serang perlu dimahirkan bagi menghidupkan permainan rencah parang panjang.

Setelah pesilat dapat menguasai semua aspek asas dan menggabungkannya, permainan tahap seterusnya ialah dengan permainan rencah (spontan) parang panjang.
Rencah parang panjang lebih sukar kerana pesilat perlu memahami dengan betul tapak, rahsia langkah dan petua permainan silat. Sekiranya pesilat tidak menguasai ini dengan baik, maka asas serang-tangkis akan kelihatan sumbang apabila dimainkan.

Oleh itu, penguasaan senjata-tangan-tapak perlu dilatih dan ditingkatkan. Latihan perlu dilakukan dengan tempoh berulang-ulangkali dengan memulakan permainan perlahan terlebih dahulu. Kemudian ditingkatkan tahap kelajuan sedikit demi sedikit dengan menguasai rahsia / petua serangan dan rahsia langkah.



No comments:

Post a Comment