Jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan Allah maka siapa sangka saya sendiri akan dipertemukan oleh Allah dengan jodoh yang sealiran dan juga sama perjuangan dengan saya sendiri
Ramai yang bertanya mengapakah saya memilih untuk berjuang dalam silat , adakah dengan silat saya dapat hidup dengan silat
Jawapan nya
YA!!
Saya telah 13 tahun berada dalam Gayong Maarifat , dan sepanjang masa itu 70% masa saya di peruntukan dengan silat dan sepanjang dalam perjuangan memartabatkan silat melayu saya belum pernah sekali 'kelaparan'
Begitu juga dengan anak anak saya, mungkin kami tidak dapat mewah tetapi apa yang ada pada kami cukup dan dicukupkan oleh Allah
Saya hidup dalam silat kerana perjuangan Agama , Bangsa dan Tanah Air. Disini saya telah berdiri lebih dari sedekad dan insyaalah perjuangan akan diteruskan selagi terdaya.
Posting ini diharap dapat memberikan sedikit cabaran kepada jiwa jiwa remaja diluar sana , ayuh !! sertai Gayong Maarifat , sertai lah Petugas Khas (UTC) Gayong Maarifat, tiada perjuangan yang tidak perit tiada perjuangan yang tidak payah , namun jika niat itu ikhlas maka bantuan Allah itu bukanlah satu janji kosong.
Pihak Gayong Maarifat masih menawarkan kekosongan untuk jurulatih tetap.
Dunia akan datang sendiri sekiranya kita kejar Akhirat
alhamdulillah... (Y).... ^_^
ReplyDelete