Friday, 20 April 2012

Silibus Gelanggang Gayong Ma'arifat

Assalamualaikum wbh

Atas permintaan ramai, posting kali ini akan memaparkan susunatur silibus pembelajaran yang telah dirombak dan dikemaskini.

Cindai Kuning Pelangi Biru 1

  • Kaedah Buka Gelanggang
  • Senaman Atas
  • Senaman Tua & Senaman Harimau
  • 5 Kaedah Pernafasan Tenaga Dalam
  • Pelebat Sendeng Terlak
  • 9 Kaedah Tubi
  • 7 Kaedah Taji
  • Pecah Pukul 7
  • Rencah Serang Elak Serang
  • Tempur 1 lawan 1
  • Pelebat Gempur Harimau
  • Pecah Pukul 9 & 11
  • Tangkisan Bawah / Tengah / Atas
  • Petua Serangan
  • Rencah Serang Elak Serang
  • Tempur 1 lawan 2
  • Pelebat Gempur Tuah
  • Pecah Pukul 13
  • Rahsia Langkah 1 - 4
  • Kincir Tangan
  • Kincir Siku
  • Rencah Serang Elak Serang Tangkap
  • Tempur 1 lawan 3
Cindai Kuning Pelangi Biru 2
  • 4 Senaman Parang Panjang
  • 4 Tangkisan Parang Panjang
  • Tari Parang Panjang
  • Buah Parang Panjang
  • Rencah Parang Panjang
*PERINGATAN TERBARU : 

SEMUA PENDEKAR SETIA (JURULATIH) PERLU MENGHADIRI KURSUS PENYELARASAN SILIBUS PADA 18 MEI 2012 (JUMAAT).

SILA HUBUNGI DATUK BIJASURA BAGI PERTANYAAN DAN PEMBAYARAN PENDAFTARAN.

Tuesday, 17 April 2012

Cabaran Mencipta Pelebat & Pecah Pukul Kreatif

Assalamualaikum wbh...

Apa khabar sekalian warga jemaah persilatan Gayong Ma'arifat Malaysia? Bagaimanakah dengan pembelajaran gelanggang anda? Adakah anda masih bergelanggang? Jika Ya, di manakah tahap pembelajaran anda? Adakah makin memingkat? mendatar? sudah mendapat kefahaman atau sudah 'masak' dengan permainan?

Pembelajaran Cindai Kuning pelangi Biru 1 telah dikemaskinikan dengan menggabungkan silibus CKPB1/2/3. Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3 yang kita pelajari bukan saja memerlukan PENGHAFALAN DEMI PENGHAFALAN.  Penghafalan teknik tubi, taji, pecah pukul, rahsia langkah, tangkisan, kincir siku dan sebagainya memerlukan kefahaman dari segi aplikasi dalam beladiri. Bagi meraih kefahaman, LATIHAN RENCAH perlu kerap dilakukan. Rencah bukan sahaja melatih daya kefahaman teknik serangan / tangkisan tetapi yang paling penting ia akan mewujudkan REFLEKS / LATAH.

Cabaran buat anak-anak gelanggang, anda bolehlah mencuba MENCIPTA PELEBAT KREATIF bgi melatih kefahaman penggunaan teknik yang telah anda pelajari. Kongsikan bersama-sama rakan dan mintalah pandangan serta panduan daripada Gurulatih Gelanggang bagi memastikan anda betul-betul faham apa yang anda lakukan semasa mencipta Pelebat Kreatif dan Pecah Pukul.


Selamat Mencuba!


Wednesday, 11 April 2012

Wanita, Ramping, Sihat & Jom Silat

Assalamualaikum wbh...

Bertemu kembali dalam ruangan blog, khas dari Pusat Latihan PSSGMM terus kepada tatapan anda di luar sana. Walau siapapun anda, di mana anda berada, teruskan bersama kami.

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Tetapi cantik tanpa sihat juga tidak mendatangkan manfaat. Gym dan Pusat Kesihatan & Kecantikan mendapat keuntungan berlipat ganda dengan mengadakan kelas atau kursus aerobik, line dance dan sebagainya.


Tahukah anda? Dengan menyertai Kelas Beladiri Wanita Gayong Ma'arifat anda juga mampu mendapat bentuk badan yang langsing, menyihatkan tubuh badan dan sekaligus mendapat ilmu beladiri untuk dimanfaatkan.

Anda tidak minat aktiviti lasak atau keras ? Tidak mengapa Kelas Khas Beladiri Wanita bukan menumpukan aspek kekuatan fizikal semata-mata. Istimewanya Gayong Ma'arifat ialah teknik pembelajarannya boleh diolah untuk kaedah aerobik. Terdapat tapak khusus iaiatu randai (misalnya tapak poco-poco) yang akan diajarkan. Tapak khusus ini akan digabungkan dengan teknik beladiri seperti tangkisan, tumbukan, tendangan dan sebagainya. Latihan selama 40 ke 60 minit cukup untuk membakar kalori dan membantu anda mendapatkan bentuk badan yang ideal!


Jom sertai kami di Pusat Latihan Gayong Ma'arifat, Bukit Tinggi, Bentong
40 minit dari Tol Gombak

Salam Srikandi ! Maklumat lanjut, hubungi Dang Ratna 0147351335

Tuesday, 3 April 2012

Kem Hulubalang Muda Gayong Maarifat

Adalah dipelawa bagi semua pesilat dan ahli Gayong Maarifat yang berminat untuk:
1. Mendalami ilmu persilatan Gayong Maarifat
2. Merasai air tangan gurlatih gurulatih kanan PSSGMM
3. Mengemaskini silibus mata pelajaran terbaru dan mutakhir

Anda dijemput untuk menghadiri Kem Hulubalang Muda PSSGMM

Masa :- Cuti persekolahan Jun 2012
Jangkamasa :- 7 hari
Kos :- RM 70  (Makan minum, tempat tinggal, sijil penyertaan)
Lokasi :- Pusat Latihan Tertinggi PSSGMM bukit tinggi Bentong Pahang

Untuk maklumat dan tempahan sila hubungi kami :-

Datuk Rahmat -0173221007
Dang Ratna - 0147351335


Kem Hulubalang Muda - Tempahan Cuti Sekolah Jun 2012

Kami menawarkan tempahan dari ibubapa dan individu  mahupun mana-mana sekolah / pertubuhan bukan kerajaan / mahupun badan-badan kebajikan dari mana-mana rumah anak-anak yatim yang ingin mencari kelainan mengisi cuti masa lapang anak-anak remaja.

Lokasi : Pusat Latihan Tertinggi Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia 
             Bt 18 Jalan Lama Bentong -KL , Bukit Tinggi Bentong Pahang 
Yuran : RM 70 (seminggu ) termasuk makan minum dan juga tempat tinggal

Mengapa anda harus sertai Kem Hulubalang Muda?
Kem Hulubalang Muda mempunyai modul yang berbeza dari kem-kem motivasi yang biasa anda dengar, lihat mahupun pernah sertai. Anak-anak yang sertai Kem Hulubalang Muda ini akan dididik dengan semangat cintakan budaya, bangsa dan tanahair melalui pendekatan-pendekatan yang tradisional. Mereka juga akan dilatih untuk menjadi lebih berani, dan berakhlak.

Apakah Ringkasan Modul Kem Hulubalang Muda?
Modul 1 - Kekuatan Rohaniah (Pendekatan aspek spiritual/kejiwaan & keagamaan)
Modul 2 - Kekuatan Mental & Disiplin Diri
Modul 3 - Senam Silat (Kesihatan & Jati Diri)
Modul 4 - Adat & Adab Melayu

Adakah anak anda kurang keyakinan diri? Kami akan mendidik anak supaya percaya dan yakin akan kebolehan dan kelebihan dirinya. 





Maklumat Lanjut & Tempahan :-
En Rahmat 0173221007
Pn Ratna 0147351335


Lokasi : Pusat Latihan Tertinggi Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia 
             Bt 18 Jalan Lama Bentong -KL , Bukit Tinggi Bentong Pahang 
Yuran : RM 70 (seminggu ) termasuk makan minum dan juga tempat tinggal

Saturday, 31 March 2012

Pengambilan Terbuka Jurulatih Tetap PSSGMM

JURULATIH SILAT GAYONG MA'ARIFAT / PENGAWAL PERIBADI / PETUGAS KHAS
KELAYAKAN
TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERMINAT ( AHLI DAN BUKAN AHLI ).
LELAKI DAN PEREMPUAN.
BERUMUR 18 TAHUN KEATAS.
BERKETERAMPILAN YANG KEMAS
MENJALANI LATIHAN LENGKAP PERSILATAN DAN KEJURULATIHAN GAYONG MA'ARIFAT SELAMA
6-12 BULAN.
ELAUN SEMASA LATIHAN
GAJI TETAP : RM800 RM1,500.00 SEBULAN.
PENGAMBILAN : SEGERA.
ASRAMA, MAKAN DAN MINUM DISEDIAKAN.
TEMPAT : PUSAT LATIHAN TERTINGGI PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MAARIFAT
MALAYSIA, KAMPUNG BUNIAN, BATU 18, JALAN LAMA BENTONG - K. LUMPUR, BUKIT
TINGGI, BENTONG, PAHANG.
TEMUDUGA : LOT 11-2, JALAN MELATI UTAMA 4, MELATI UTAMA, 53100 SETAPAK, KUALA
LUMPUR
SILA HUBUNGI :
DATUK RAHMAT 017-322 1007
DATUK GEMPITA ALAM 013-449 5836
DATUK BIJA SURA 014-590
7927

Wednesday, 28 March 2012

BOSAN KETIKA CUTI: JOM SILAT!

Adakah anda mempunyai anak atau anda sendiri sedang...

Cuti sekolah 1 minggu? Cuti semester? Dah abes SPM / STPM ? Atau tunggu keputusan temuduga? 
Anda bosan? 




Jom belajar silat di Pusat Latihan Silat Gayong Ma'arifat. 

Tiada syarat. Tiada kelayakan tertentu. Anda minat? Maka anda layak untuk belajar. Jom sertai kami disini.

Yuran Latihan :-

RM200.00 / sebulan
RM50.00 / seminggu
(Makan / Minum / Penginapan)

Hubungi segera :-
Datuk Rahmat 0173221007
Pusat Latihan Silat Gayong Ma'arifat Malaysia
Bukit Tinggi, Bentong, Pahang
(40 minit dari Gombak)