Apakah yang dikatakan silat?
Silat ialah seni beladiri bangsa Melayu , atau lebih tepat bangsa Nusantara , silat diajar dan dipelajari sejak ribuan tahun yang lampau.
Asal usulnya masih menjadi perdebatan , namun bagi saya ianya tidak penting kerana setiap bangsa didunia berasimilasi antara satu sama lain pada detik detik tertentu didalam perkembangan tamadu
Apa pun suatu masa dahulu silat ialah pelengkap kepada jatidiri seorang Melayu. Seorang lelaki Melayu yang tidak tahu bersilat dianggapkan tidak lengkap dirinya. Ini didorong oleh beberapa faktor antaranya ialah keperluan semasa bagai seorang lelaki pada zaman dahulu untuk menjaga keselamatan keluarga dan juga tanah airnya.n mereka.
Namun bukan itu yang ingin disampaikan disini tetapi saya cuba untuk membawa pemikiran pembaca kepada satu sudut berbeza untuk melihat silat.
Apakah sebenarnya fungsi silat dalam mendidik sahsiah dan jati diri seseorang.
Kita sering melihat silat dari sudut beladiri dan juga dari sudut warisan budaya, namun terlepas pandang tentang ujudnya satu sudut lain tentang silat iaitu sebagai intitusi pendidikan tidak formal.
Silat sejati pasti akan mempunyai dua perkara pokok yang sama iaitu ;
1. Adat
Yang merangkumi cara berpakaian, tatacara pembelajaran displin dan juga silibus pelajaran.
2. Adab
Yang merangkumi keseluruhan sikap pelajar dan juga pengajar tentang ilmu dan juga persekitaran.
Sekiranya di Jepun terkenal dengan satu tatacara kehidupan yang dinamakan Code Of Bushido maka dialam nusantara Adab dan adat Pendekar ini adalah tatacara kehidupan seorang pendekar yang tidak ditulis secara rasmi.
Ini kerana setiap orang melayu pada zaman itu faham dan fasih tentang adat istiadat dan juga adab adab dalam berguru.
Namun pada hari ini saya cuba untuk meringkaskan secara mudah apa yang ada didalam Code Of Pendekar, mudah mudahan ia dapat memberi sedikit imbasan tentang satu sudut berbeza kita melihat Ilmu Persilatan.
Seorang pengamal silat sejati adalah terikat dengan beberapa displin antaranya
1. Menghormati orang yang lebih tua
2. Merendah diri
3. Tidak menunjuk nunjuk kebolehan diri.
4. Menghormati guru dan taat kepada nasihatnya.
Tidak dinafikan ada sesetengah orang yang belajar silat sikapnya berubah menjadi sombong dan angkuh ini adalah kerana tidak memahami apa yang terkandung didalam pelajaran silat .Adab adab ini secara tidak langsung mengajar seorang pesilat menjadi seorang manusia yang toleransi dan bertimbang rasa. Taat dan menghormati orang lain.
Hal ini juga terjadi kerana penekanan yang melampau terhadap aspek beladiri didalam silat.
Golongan ini tidak boleh diklasifikasikan sebagai pesilat sebenar , bahkan hanya layak digelar ahli beladiri.
Kita hayati satu pantun tua orang melayu yang berbunyi;
Pergi berburu kepadang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru jangan kepalang ajar
Bagaikan bunga kembang tak jadi.
Satu lagi perkara didalam pelajaran silat ialah adat atau tradisi . sebagai contoh pakaian mestilah bersamping dan menutup kepala, mengangkat sembah hormat apabila berjumpa antara satu dengan lain.
Tradisi atau adat ini sebenarnya lebih kepada mendisplin kan pesilat supaya tertib dan kemas, serta menghormati dan menyayangi antara satu dengan lain.
Saya rasa cukup sekadar disini dahulu buat masa ini insyaalah jika ada masa dan kesempatan saya akan cuba mengupas lagi tentang instusi pendidikan didalam silat
Apa apa pun yang ditulis disini adalah pengalaman dan pemerhatian serta pemahaman saya sepanjang saya didalam ilmu persilatan.
No comments:
Post a Comment