Posting kali ini akan saya cuba ulas mengenai kaedah beladiri yang bersesuaian dengan struktur fizikal dan kekuatan seseorang wanita. Apapun amatlah suka saya ingatkan bahawa, dalam apa jua keadaan JIKA ANDA BOLEH LARI, BERLARILAH MENDAPATKAN PETOLONGAN / BERSEMBUNYI.
Wanita dikatakan ciptaan Tuhan yang penuh dengan kelembutan dan sifat-sifat lemah yang memerlukan perlindungan dengan kekuatan insan bergelar lelaki. Namun ini bukan alasan untuk wanita tidak mampu mempraktiskan kaedah beladiri sekiranya dalam keadaan terdesak. Pada struktur tubuh badan lelaki juga terdapat titik-titik kelemahan yang boleh digunakan.
Kaedah Mudah Beladiri Wanita yang akan saya kongsikan bersama pembaca menggunakan kaedah beladiri dalam Silat Gayong Ma'arifat. Mungkin ada pembaca yang mempunyai pengetahuan beladiri merasakan teknik ini hampir serupa. Apapun pada penilaian dan pemerhatian sepanjang pengalaman dalam persilatan ialah, hampir semua teknik beladiri adalah serupa. Yang membezakannya ialah kaedah ia digunakan dan direncahkan. Ia juga bergantung kepada asal beladiri tersebut dan juga permainan tapak.
Kaedah Beladiri Wanita 1#
Situasi : Leher / Kolar baju dicekak dari hadapan
Kaedah mengatasi :
1- Pematahan / pelonggaran cekak dilakukan dengan menggunakan siku.
Teknik ini dilakukan bagi melemahkan serangan atau tindakan pihak lawan terhadap diri
2- Tubi betina digunakan / disasarkan ke arah halkum / hidung
Teknik melemahkan serangan HARUS / PERLU diikuti dengan serang balas bertujuan untuk menyakitkan sekaligus melepaskan diri dari ancaman
* Tubi Petik ke arah kemaluan
*Serangan lutut ke arah kemaluan
*Serangan lutut ke arah kemaluan
*Memijak kaki pihak lawan
Saya buka untuk komen bagi sahabat-sahabat yang lebih berpengalaman. Terima kasih.
4- Ambil peluang ini untuk segera melarikan diri atau mendapatkan pertolongan.
Sekian, tunggu posting seterusnya untuk Kaedah Beladiri Wanita 2#
Saya buka untuk komen bagi sahabat-sahabat yang lebih berpengalaman. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment