Tuesday, 27 March 2012

Panduan Latihan Gelanggang Silat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ini, Pusat Latihan PSSGMM ingin berkongsi dengan jurulatih-jurulatih dan juga pengikut setia blog mengenai panduan atau persedian pengajaran di dalam gelanggang. Ini adalah amat penting bagi memastikan anak-anak gelanggang dapat memahami dan terdapat peningkatan dari segi pemahaman.

Kebiasaan gelanggang akan diadakan seminggu sekali atau dua kali. Jarang-jarang kita dengan sehingga 3 - 4 kali seminggu. Oleh kerana dari satu sesi latihan ke sesi seterusnya mengambil masa jarak yang hampir 4 - 7 hari, kemungkinan untuk anak murid terlupa dan kurang menguasai adalah tinggi. Melainkan anak-anak murid ini seorang yang rajin dan berdedikasi sehingga melakukan sendiri latihan tersebut di rumah.

Di bawah ini, saya kongsikan serba sedikit kaedah latihan bagi meningkatkan penguasaan skill, dan ingatan. Semoga kalian mendapat serba sedikit manfaat ini.

Tempoh latihan : 2 jam 30 minit - 3 jam
Tempoh Rehat : 10 - 15 minit sahaja

  1. Buka gelanggang (5 - 15 minit)
  2. Senaman Atas / Senaman Tua / Senaman Harimau / Latihan Kecergasan ( 30 - 45 minit)
  3. Latihan silibus ( 30 - 45minit )
  4. Tempur Bebas / Rencah Serang Elak Serang (30 minit)
Kaedah Latihan :-
  • Pastikan latihan silibus dilakukan secara berulang-ulang sebagai contoh tubi jantan sebanyak 50 - 100x
  • Kenalkan 1 - 2 teknik baru sahaja pada setiap sesi dan ulang latihan tersebut sebanyak-banyaknya bagi memastikan anak-anak murid menguasai teknik tersebut dengan betul. Di sini bukan aspek penghafalan yang kita tekankan, tetapi KETEPATAN dan PEMAHAMAN.
  • Adakan sesi penerangan bagi memastikan anak-anak murid faham apa yang mereka lakukan bukan sekadar meniru membuta-tuli.
  • Selepas memperkenalkan teknik baru, ulang semula teknik-teknik yang telah dipelajari dengan kuantiti latihan yang sederhana contohnya 30x - 50x sahaja.
  • Bentukkan rencahan mudah daripada teknik yang telah dipelajari. Sebagai contoh kaedah beladiri menggabungkan tubi jantan dan sembat luar. Latihan rencahan akan membentuk 'figure' anak-anak murid supaya lenggoknya dalam permainan silat lebih kemas dan tepat.
  • Pastikan anak murid menguasai teknik asas, rencahan mudah dan kemudian bolehlah membentuk kreativiti mereka untuk mereka buah pukul mudah.
  • Pastikan anak-anak murid diajar peringkat demi peringkat dan selalu melakukan ulangan. Pengajaran berbentuk drastik akan menyukarkan kefahaman dan penguasaan anak-anak murid.
  • Kaedah latihan berselang antara latihan silibus dan latihan kecergasan juga boleh dipraktikkan bagi meningkatkan kecergasan dan kekuatan tubuh anak-anak murid. Sebagai contoh 50x tubi jantan dan selang 10x tekan tubi atau 50x taji depan selang 10x leg lifting.

Kaedah Latihan Kecergasan :-
  • Latihan kardiovaskular - Kombinasi Lari / Jogging / Lompat 10 - 15 minit 
  • Latihan kekuatan - Tekan tubi / Bangkit Tubi / Leg lifting / Tahan kuda-kuda / Bridging  30x - 50x 
  • Latihan keseimbangan - Aeroplane / Burung Bangau 1 minit - 2 minit
  • Latihan kelenturan - 10 minit
  • Pastikan terdapat peningkatan jumlah latihan-latihan yang dilakukan dari bulan ke bulan
  • Galakkan anak-anak murid untuk melakukan latihan ini di rumah / asrama
  • Anda juga boleh mengadakan ujian kecergasan bulanan

Latihan gelanggang yang efektif bukan sahaja mengajar ilmu teknik tetapi juga meningkatkan kefahaman dan juga kecergasan serta kesihatan tubuh badan. 

Sekian, jumpa lagi di posting yang akan datang.

No comments:

Post a Comment