Saturday 24 March 2012

Silibus Unik Permainan Silat Gayong Ma'arifat

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Gayong Ma'arifat merupakan silat tua yang menggabungkan dan merencahkan 7 permainan silat iaitu:-

  • Sendeng 2 Beradik
  • Terlak Sumatera
  • Harimau Minang
  • Buah Pukul
  • Cekak Minang
  • Panglima
  • Laksamana
Kesemua permainan silat ini merupakan warisan Laksamana Hang Tuah yang tersohor sebagai tokoh pahlawan di dalam sejarah Nusantara. Keistimewaan pelajaran Gayong Ma'arifat ialah ianya tidak menekankan aspek penghafalan tetapi lebih kepada mencungkil kemahiran dan kreativiti seseorang dalam mengaplikasikan teknik dan permainan silat. Ianya mencabar pesilat supaya dapat mencorakkan 'permainan' silat itu sendiri tanpa terikat dengan hafalan tetapi lebih kepada pemahaman. Antara keunikan yang jelas dilihat ialah permainan pelebatnya yang khusus dapat dilihat melalui tapak merandai. 

Antara silibus yang diajar ialah:-

  • Pelebat Sendeng Terlak
  • Pelebat Gempur Harimau
  • Pelebat Tuah
  • Tubi 9 & Taji 7
  • Pecah Pukul 7/9/11/13
  • Rencah Serang Elak 
  • Rencah Serang Elak Serang
  • Rencah Serang Elak Serang Tangkap
  • Permainan Parang Panjang
  • Rahsia Tapak 
  • Dan lain-lain lagi
Selain itu, aspek adab dan budaya Melayu masih lagi diterapkan dalam pembelajaran gelanggang. Pemakaian wajib tanjak / songkok(lelaki) tudung(perempuan) dan juga samping bagi memastikan anak-anak gelanggang masih diterapkan dengan budaya Melayu. Adab menghormati gurulatih gelanggang, sesama pesilat juga ditekankan supaya anank-anak muda menghayati nilai-nilai kesopanan Melayu. Secara tidak langsung, nilai peradaban dan kesopanan masih dikekalkan walau semaju mana dunia hari ini. 

Melayu dan Islam sukar dipisahkan. Bagi memastikan latihan gelanggang lebih diberkati, dihormati dan tidak diganggu oleh perkara-perkara yang tidak diingini, semua pesilat perlu mengangkat 'wudhu' dan membaca beberapa turutan ayat-ayat suci seperti Al-Fatihah, Ayatul Qursi, 4 Qul. Walau bagaimanapun, bagi pesilat yang bukan beragama Islam sekiranya berminat mempelajari Silat Gayong Ma'arifat perlulah menjaga kebersihan dan kesucian diri sebelum masuk ke gelanggang dan mengikuti aspek-aspek adab gelanggang lain seperti kaedah sembah hormat. 

Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi :-

Datuk Ibrahim 0145907927
Datuk Rahmat 017-3221007
Datuk Fairoz 0134495836
Dang Ratna 014-7351335

No comments:

Post a Comment