Tuesday, 24 April 2012

Susunan warna bengkung dalam Gayong Maarifat

Didalam Gayong Maarifat hanya terdapat tiga warna bengkung iaitu 
Kuning (kosong) 
- Pesilat yang telah mandi adat dan sedang mempelajari pelajaran Cindai Kuning Pelangi Biru 1

Kuning dengan satu jalur biru (Cindai Kuning Pelangi Biru 1) 
- Pesilat yang telah lulus ujian Cindai Kuning Pelangi Biru 1 dan sedang mempelajari  pelajaran Cindai Kuning Pelangi Biru 2
- Layak bergelar pembantu jurulatih

Kuning dengan dua jalur biru (Cindai Kuning Pelangi Biru 2) 
- Pesilat yang telah lulus ujian Cindai Kuning Pelangi Biru 2 dan sedang mempelajari pelajaran Cindai Kuning Pelangi Biru 3
- Pesilat layak bergelar jurulatih (percubaan)
- Pesilat bergelar Pendekar

Kuning dengan tiga jalur biru (Cindai Kuning Pelangi Biru 3) 
- Pesilat telah lulus ujian Cindai Kuning Pelangi Biru 3 dan sedang mempelajari pelajaran Cindai Merah 
- Pesilat layak bergelar Jurulatih (penuh) 
- Pesilat bergelar Pendekar Setia 

Merah (kosong)
- Pesilat yang telah lulus ujian Cindai Merah dan sedang mempelajari pelajaran Cindai Merah Pelangi Hijau 1
- Pesilat bergelar Panglima
Merah dengan satu jalur hijau (Cindai Merah Pelangi Hijau 1)
- Pesilat yang telah lulus ujian Cindai Merah Pelangi Hijau 1dan sedang mempelajari pelajaran Cindai Merah Pelangi Hijau 2

Merah dengan dua jalur hijau (Cindai Merah Pelangi Hijau 2) 
- Pesilat yang telah lulus ujian Cindai Merah Pelangi Hijau 2 dan sedang mempelajari pelajaran Cindai Merah Pelangi Hijau 3

Merah dengan tiga jalur hijau (Cindai Merah Pelangi Hijau 3)
- Pesilat yang telah lulus ujian Cindai Merah Pelangi Hijau 3 dan sedang mempelajari pelajaran Cindai Hijau 
- Pesilat bergelar Datuk Panglima Setia 

Hijau (kosong) 
Hijau dengan satu jalur merah ( Cindai Hijau Pelangi Merah 1)
Hijau dengan dua jalur merah ( Cindai Hijau Pelangi Merah 2)
Hijau dengan tiga jalur merah ( Cindai Hijau Pelangi Merah 3)
Gelaran bagi pesilat yang memakai Cindai Hijau adalah bergantung kepada anugerah YTM Tks Guru Utama 






Sunday, 22 April 2012

Kursus Ekspress

Assalamualaikum

Gayong Maarifat ialah silat yang cukup ekspress , dan terlalu ekspress kebanyakan orang yang mempelajarinya tidak mampu untuk mencerap ilmunya dengan baik.
jika diperhatikan didalam posting sebelum ini kita dapati ada susun atur silibus dalam permainan fizikal Gayong Maarifat dapat dilihat hanya sedikit pelajaran nya.

Saya dihujani denngan persoalan untuk memendek kan jangkamasa kursus Jurulatih kepada seminggu, bagi saya tiada masalah jika hanya untuk HAFAL namun untuk menguasai nya maka perlukan masa yang lebih lama, apatah lagi falsafah persilatan Gayong Maarifat ialah RENCAH bukanya HAFAL.

Dan sekali lagi jika diteliti susun atur silibus Gayong Maarifat peringkat cindai kuning 1, 2 dan 3 (lulus melayak kan diri untuk bergelar pendekar setia) tidak terdapat satu pun pelajaran buah hafalan. Ini adalah kerana seperti yang dinyatakan falsafah Gayong Maarifat ialah RENCAH ,

Bagi mereka mereka yang telah berada dalam Gayong Maarifat rajin rajin lah mengkaji, sekiranya malas mengkaji maka tidak akan FAHAM

Bagi yang berminat untuk menyertai kami anda dialu alukan

Saturday, 21 April 2012

Adab Menuntut Ilmu - Praktis



Dalam penulisan agung “Ihya’ `Ulum al-Din” karangan Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali, beliau telah membuat satu garis panduan adab pelajar dalam menuntut ilmu. Dalam penulisannya, beliau telah mengenalpasti 10 panduan yang boleh dijadikan asas pedoman kepada para pelajar. Asas-asas ini perlu dihayati dan dicernakan dalam diri para pelajar dalam usaha mereka menuntut ilmu sama ada di peringkat rendah atau di peringkat pengajian tinggi. 

Pertama, menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak yang murni, kerana ilmu amat mudah mendekati orang yang baik budi pekertinya dan jiwa yang sentiasa bersih dan tenang. Sekiranya, hati seseorang itu dicemari dengan elemen-elemen yang negatif yang boleh merosakkan kemurnian hati dan jiwa menyebabkan pelajar tersebut sukar untuk menguasai ilmu. Ini kerana secara prinsipnya, ilmu itu bersifat suci. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang musyriq itu najis” (at-Taubah:28).
Istilah najis yang dijelaskan oleh al-Quran merupakan simbolik yang mengertikan sifat kotor tersebut mesti dijauhi dan dihindari disebabkan sifat tersebut boleh merosakkan manusia.
Kedua, para pelajar disarankan tidak terlalu terikat dengan hal-hal keduniaan yang berkecenderungan melalaikan fikiran daripada menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Unsur-unsur ini boleh menyebabkan pelajar tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar yang hakiki dan memalingkan fikirannya dalam usaha menuntut ilmu. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua organ hati dalam rongganya” (al-Ahzab:4).
Oleh yang demikian, sekiranya fikiran para pelajar dipengaruhi oleh elemen-elemen yang boleh mencemari mentalitinya menyukarkan untuk mengetahui hakikat ilmu. Menurut Imam al-Ghazali, “Seseorang itu tidak dapat menguasai ilmu secara sebahagian, melainkan ia memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya”. Beliau memberi perumpamaan terhadap pemikiran yang dipengaruhi oleh hal-hal yang tidak berkait dengan ilmu seperti air yang mengalir dari sungai kecil, sebahagiannya diserap oleh tanah dan sebahagian lagi diserap oleh udara sehingga tidak ada lagi yang sampai ke ladang.
Ketiga, para pelajar tidak boleh bersikap angkuh dan bongkak terhadap golongan intelektual dan guru. Adalah menjadi kewajipan pelajar untuk menyerahkan segala urusan berkaitan ilmu dan mematuhi serta menghormati guru seperti orang sakit yang mematuhi arahan dan nasihat doktor. Para pelajar dituntut bersifat rendah diri, baik sangka dan setia kepada guru serta sedia menawarkan perkhidmatan kepadanya. Oleh yang demikian, pelajar tidak boleh bersikap sombong dengan guru seperti tidak mengambil manfaat ilmu yang disampaikannya dengan alasan antaranya, beranggapan guru tersebut tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Sikap seperti ini menunjukkan kebodohan dan kedangkalan pemikiran yang ada dalam diri seseorang pelajar. Sebaliknya, para pelajar seharusnya merasa terhutang budi terhadap guru yang mencurahkan ilmu yang memandunya ke arah kebenaran.
Keempat, orang yang bersifat tekun dalam menuntut ilmu pada tahap awalnya perlu mengelakkan diri mendengar perselisihan dan perbezaan pendapat di kalangan manusia sama ada yang melibatkan ilmu keduniaan atau ilmu akhirat. Secara rasionalnya, ia boleh mengelirukan pemikirannya terhadap disiplin ilmu yang baru dipelajarinya dan membantutkan usahanya untuk membuat penyelidikan yang mendalam. Namun begitu, bagi seseorang yang telah menguasai sesuatu bidang disiplin ilmu secara mahir dan mendalam tidak menjadi halangan untuk mengkaji perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara. Ini kerana, perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara merupakan salah satu daripada metodologi medan penyelidikan ilmu.
Kelima, seseorang pelajar tidak boleh meninggalkan sesuatu disiplin ilmu yang terpuji melainkan ia telah mempertimbangkan dengan sebaik mungkin. Sekiranya faktor usia mengizinkan untuk menuntut ilmu, ia harus mengambil peluang untuk meningkatkan kepakarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Sebaliknya jika faktor usia menjadi kekangan terhadap usaha menimba ilmu pengetahuan maka seseorang itu perlu mengetahui perkara asas dan penting dalam ilmu yang dikuasainya berdasarkan kemampuannya.
Keenam, tidak memaksa untuk menguasai semua disiplin ilmu secara sekaligus. Tindakan yang bijak ialah dengan menguasai sesuatu bidang ilmu itu mengikut tahap dan tingkatan ilmu berdasarkan kemampuan dan keupayaan yang ada pada diri seseorang. Kompetensi yang ada pada manusia adalah terbatas oleh pelbagai faktor dari aspek pengalaman, realiti semasa, kepakaran dan keupayaan mentaliti seseorang.
Ketujuh, seseorang tidak boleh mencampuradukkan sesuatu cabang ilmu sebelum menguasai dan memahami dengan mahir cabang ilmu yang sebelumnya. Ini kerana tertib dalam ilmu adalah tersusun dan berkait rapat antara satu sama lain. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang pelajar memahami sesuatu ilmu dengan tertib dan tersusun maka ia dapat menguasai sesuatu konsep ilmu dengan baik. Pemahaman manusia tentang konsep ilmu akan lebih sempurna dan konsisten jika setiap cabang ilmu dihadam dan dicernakan mengikut tahap-tahap dan fasa yang tersusun dan terancang.
Kelapan, seseorang pelajar perlu mengetahui hakikat dan objektif sesuatu disiplin ilmu yang dipelajari. Ia bertujuan untuk menilai sesuatu kepentingan ilmu dan faedahnya kepada para pelajar supaya ilmu tersebut dapat diaplikasi dalam kehidupan dan memberi manfaat kepada masyarakat. Matlamat utama ilmu yang dipelajari itu tidak bertentangan dengan syariat dan membawa kemudharatan kepada umat manusia.
Kesembilan, para pelajar perlu bersikap ikhlas dalam menuntut ilmu. Kepentingan nilai ikhlas bertujuan untuk membersihkan jiwa seseorang yang bersifat riak dan takabur sesama manusia. Hakikatnya, manusia yang berilmu memiliki jiwa yang bersih dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Meskipun manusia dituntut menguasai ilmu-ilmu agama, namun ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keduniaan tidak boleh diabaikan, kerana ia sebahagian daripada fardhu kifayah. Dalam era globalisasi ini, ilmu yang dikategorikan sebagai fardhu kifayah sangat penting bagi masyarakat Islam kerana ia dianggap sebagai satu kemaslahatan ( keperluan ) yang perlu dikuasai oleh umat Islam. Sekiranya manusia mengabaikan bidang disiplin ilmu ini menyebabkan umat Islam ketinggalan dalam zaman yang serba canggih. Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud:
“ Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (al-Mujadalah:11)
Kesepuluh, setiap pelajar perlu mengetahui perkaitan ilmu yang dipelajari bertujuan supaya mengutamakan keperluan ilmu yang perlu didahulukan daripada ilmu yang berbentuk sampingan. Keutamaan ilmu ini penting kerana ia dapat mengukuhkan pemahaman pelajar tentang sesuatu perkara. Di samping itu, ia menjadi asas utama untuk mempelajari disiplin ilmu yang lain disebabkan ia mempunyai kesinambungan di antara satu cabang ilmu dengan disiplin ilmu yang lain.
Berdasarkan garis panduan yang telah diberikan oleh Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali dalam kitabnya “Ihya’ `Ulum al-Din” diharapkan dapat memberi pedoman yang berfaedah kepada mereka yang bergelar pelajar. Mutiara kata-kata yang dicurahkan oleh ulama’ silam perlu diambil perhatian dan diamalkan oleh individu yang bergelar pelajar, agar ilmu yang dipelajari diberkati oleh Allah dan dapat memberi faedah besar kepada umat sejagat.


Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/01/10-adab-dalam-menuntut-ilmu-panduan.html#ixzz1sh0zYVFe

Friday, 20 April 2012

Silibus Gelanggang Gayong Ma'arifat

Assalamualaikum wbh

Atas permintaan ramai, posting kali ini akan memaparkan susunatur silibus pembelajaran yang telah dirombak dan dikemaskini.

Cindai Kuning Pelangi Biru 1

  • Kaedah Buka Gelanggang
  • Senaman Atas
  • Senaman Tua & Senaman Harimau
  • 5 Kaedah Pernafasan Tenaga Dalam
  • Pelebat Sendeng Terlak
  • 9 Kaedah Tubi
  • 7 Kaedah Taji
  • Pecah Pukul 7
  • Rencah Serang Elak Serang
  • Tempur 1 lawan 1
  • Pelebat Gempur Harimau
  • Pecah Pukul 9 & 11
  • Tangkisan Bawah / Tengah / Atas
  • Petua Serangan
  • Rencah Serang Elak Serang
  • Tempur 1 lawan 2
  • Pelebat Gempur Tuah
  • Pecah Pukul 13
  • Rahsia Langkah 1 - 4
  • Kincir Tangan
  • Kincir Siku
  • Rencah Serang Elak Serang Tangkap
  • Tempur 1 lawan 3
Cindai Kuning Pelangi Biru 2
  • 4 Senaman Parang Panjang
  • 4 Tangkisan Parang Panjang
  • Tari Parang Panjang
  • Buah Parang Panjang
  • Rencah Parang Panjang
*PERINGATAN TERBARU : 

SEMUA PENDEKAR SETIA (JURULATIH) PERLU MENGHADIRI KURSUS PENYELARASAN SILIBUS PADA 18 MEI 2012 (JUMAAT).

SILA HUBUNGI DATUK BIJASURA BAGI PERTANYAAN DAN PEMBAYARAN PENDAFTARAN.

Tuesday, 17 April 2012

Cabaran Mencipta Pelebat & Pecah Pukul Kreatif

Assalamualaikum wbh...

Apa khabar sekalian warga jemaah persilatan Gayong Ma'arifat Malaysia? Bagaimanakah dengan pembelajaran gelanggang anda? Adakah anda masih bergelanggang? Jika Ya, di manakah tahap pembelajaran anda? Adakah makin memingkat? mendatar? sudah mendapat kefahaman atau sudah 'masak' dengan permainan?

Pembelajaran Cindai Kuning pelangi Biru 1 telah dikemaskinikan dengan menggabungkan silibus CKPB1/2/3. Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3 yang kita pelajari bukan saja memerlukan PENGHAFALAN DEMI PENGHAFALAN.  Penghafalan teknik tubi, taji, pecah pukul, rahsia langkah, tangkisan, kincir siku dan sebagainya memerlukan kefahaman dari segi aplikasi dalam beladiri. Bagi meraih kefahaman, LATIHAN RENCAH perlu kerap dilakukan. Rencah bukan sahaja melatih daya kefahaman teknik serangan / tangkisan tetapi yang paling penting ia akan mewujudkan REFLEKS / LATAH.

Cabaran buat anak-anak gelanggang, anda bolehlah mencuba MENCIPTA PELEBAT KREATIF bgi melatih kefahaman penggunaan teknik yang telah anda pelajari. Kongsikan bersama-sama rakan dan mintalah pandangan serta panduan daripada Gurulatih Gelanggang bagi memastikan anda betul-betul faham apa yang anda lakukan semasa mencipta Pelebat Kreatif dan Pecah Pukul.


Selamat Mencuba!


Wednesday, 11 April 2012

Wanita, Ramping, Sihat & Jom Silat

Assalamualaikum wbh...

Bertemu kembali dalam ruangan blog, khas dari Pusat Latihan PSSGMM terus kepada tatapan anda di luar sana. Walau siapapun anda, di mana anda berada, teruskan bersama kami.

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Tetapi cantik tanpa sihat juga tidak mendatangkan manfaat. Gym dan Pusat Kesihatan & Kecantikan mendapat keuntungan berlipat ganda dengan mengadakan kelas atau kursus aerobik, line dance dan sebagainya.


Tahukah anda? Dengan menyertai Kelas Beladiri Wanita Gayong Ma'arifat anda juga mampu mendapat bentuk badan yang langsing, menyihatkan tubuh badan dan sekaligus mendapat ilmu beladiri untuk dimanfaatkan.

Anda tidak minat aktiviti lasak atau keras ? Tidak mengapa Kelas Khas Beladiri Wanita bukan menumpukan aspek kekuatan fizikal semata-mata. Istimewanya Gayong Ma'arifat ialah teknik pembelajarannya boleh diolah untuk kaedah aerobik. Terdapat tapak khusus iaiatu randai (misalnya tapak poco-poco) yang akan diajarkan. Tapak khusus ini akan digabungkan dengan teknik beladiri seperti tangkisan, tumbukan, tendangan dan sebagainya. Latihan selama 40 ke 60 minit cukup untuk membakar kalori dan membantu anda mendapatkan bentuk badan yang ideal!


Jom sertai kami di Pusat Latihan Gayong Ma'arifat, Bukit Tinggi, Bentong
40 minit dari Tol Gombak

Salam Srikandi ! Maklumat lanjut, hubungi Dang Ratna 0147351335

Tuesday, 3 April 2012

Kem Hulubalang Muda Gayong Maarifat

Adalah dipelawa bagi semua pesilat dan ahli Gayong Maarifat yang berminat untuk:
1. Mendalami ilmu persilatan Gayong Maarifat
2. Merasai air tangan gurlatih gurulatih kanan PSSGMM
3. Mengemaskini silibus mata pelajaran terbaru dan mutakhir

Anda dijemput untuk menghadiri Kem Hulubalang Muda PSSGMM

Masa :- Cuti persekolahan Jun 2012
Jangkamasa :- 7 hari
Kos :- RM 70  (Makan minum, tempat tinggal, sijil penyertaan)
Lokasi :- Pusat Latihan Tertinggi PSSGMM bukit tinggi Bentong Pahang

Untuk maklumat dan tempahan sila hubungi kami :-

Datuk Rahmat -0173221007
Dang Ratna - 0147351335